
Dunia hiburan Indonesia berduka dengan pemergian penyanyi era 1980-an, Yetty Widjaja, yang cukup popular menerusi lagu tema filem remaja Catatan Si Boy V.
Khabar duka itu dilaporkan media tempatan selepas beliau ditemui tidak bernyawa di kediamannya pada Isnin, 15 Ogos 2025.
Kematian penyanyi bersuara merdu itu sekali gus mengakhiri perjalanan seni seorang artis yang pernah menjadi idola remaja pada zaman kegemilangannya.
Rakan artis, Stanley Tulung, turut berkongsi rasa sedih atas pemergian tersebut menerusi catatan di media sosialnya.
“Innalillahi wainnailaihi rojiun, Telah berpulang ke rahmatullah penyanyi senior Yetty Widjaja,” tulis beliau sebagai tanda penghormatan kepada rakan seperjuangan.
Menurut laporan, kematian penyanyi itu hanya disedari olah keluarganya sekitar jam 11 pagi dan mayatnya sudah kaku.
Yetty yang mula dikenali pada era 1980-an, meninggalkan legasi menerusi vokal lunak dan penuh perasaan.
Lagu-lagu nyanyiannya, khususnya runut bunyi Catatan Si Boy, masih segar dalam ingatan peminat dan menjadi sebahagian daripada sejarah budaya popular Indonesia.
Walaupun sudah lama menyepi daripada dunia hiburan, nama Yetty kekal disebut-sebut terutama apabila lagu-lagu lamanya kembali dimainkan di radio dan platform digital.
Kehilangan beliau disifatkan ramai peminat sebagai “hilangnya suara melankolis” yang pernah mewarnai era 80-an.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan