Tony Bennett, penyanyi pop dan jazz antarabangsa telah diumumkan meninggal dunia pada usia 96 tahun.
Mendiang terkenal dengan lagu-lagu seperti The Way You Look Tonight, Body and Soul dan (I Left My Heart) In San Francisco.
Sepanjang kariernya yang menjangkau usia lapan dekad, penyanyi hebat ini menjual berjuta-juta rekod dan memenangi 20 Grammy, termasuk anugerah pencapaian seumur hidup.
Mendiang juga pernah bekerjasama dengan penghibur bintang dari Frank Sinatra, Aretha Franklin, Amy Winehouse dan Lady Gaya.
Penyanyi terkenal asal Ireland, Sinéad O’Connor telah meninggal dunia pada usia 56 tahun. Kematiannya telah diumumkan oleh keluarganya dalam satu kenyataan.
Dalam kenyataan tersebut, keluarga penyanyi itu berkata, “Dengan penuh kesedihan kami mengumumkan kematian Sinéad yang sangat kami sayangi. Perasaan keluarga dan rakan-rakannya hancur dan meminta privasi pada masa yang sangat sukar ini.”
Sepanjang kariernya yang bermula sejak 1986, penghibur terkenal ini telah mengeluarkan 10 album studio, manakala lagunya Nothing Compares 2 U dinamakan sebagai single nombor satu dunia pada tahun 1990 oleh Billboard Music Awards.
Versi baladanya, yang ditulis oleh pemuzik Prince, mendahului carta di seluruh dunia dan memperoleh tiga pencalonan Grammy.
Pada tahun 1991, Sinead dinamakan sebagai Artist of The Year oleh majalah Rolling Stone hasil kejayaan lagu kejayaan lagu itu. Pada awal tahun ini pula, dia telah diberikan anugerah sulung untuk Album Irish Klasik di Anugerah Muzik Pilihan RTÉ.
Pada tahun 1992, Sinead pernah mencetus kontroversi apabila mengoyak gambar Pope secara langsung di kaca televisyen atas bantahan terhadap kes penderaaan seksual kanak-kanak yang berlaku di gereja katolik. Menghadapi kritikan yang hebat akibat tindakannya itu, namun dia tetap dengan pendirian.
Penyanyi terkenal ini kemudiannya memeluk Islam pada tahun 2018 dan menukar namanya kepada Shuhada Sadaqat. Walaupun begitu dia terus menggunakan nama asalnya sebagai nama pentas.
Sinead memiliki empat orang cahaya mata. Namun seorang daripadanya telah meninggal dunia pada 2022.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi dan pelakon popular, Lindsay Lohan telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki hasil perhubungan dengan suaminya, Bader Shammas.
Bintang yang berusia 37 tahun itu berkahwin dengan Bader pada 2022 dan telah mengumumkan kepada umum mengenai kehamilannya pada Mac tahun ini.
Menarik tentang kelahiran anak sulungnya itu, Lindsay telah menamakan anaknya dengan nama Arab dan seluruh keluarga telah jatuh cinta dengan ahli baharu keluarga mereka itu.
Wakil Lindsay Lohan berkongsi kepada media, “Lindsay Lohan dan suami pembiayanya, Bader Shammas mengalu-alukan seorang anak lelaki yang cantik dan sihat bernama Luai. Keluarga sedang jatuh cinta.”
Bayi itu dilahirkan di Dubai di mana tempat pasangan itu menetap kini, dan dia dipercayai lahir pada hari Isnin. Luai ialah nama Arab yang bermaksud ‘perisai atau pelindung’.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Rumah produksi Malaysia, 4WARD Pictures bakal tampil menerusi sebuah filem seram terbaharu berjudul The Parcel selepas sukses dengan sebuah filem seram terdahulu iaitu Rumah Iblis.
Dibintangi oleh Atiqah Hasiholan dan beberapa bintang ternama Indonesia lainnya, The Parcel yang diarahkan oleh Andi Bachtiar Yusuf itu sudah pun memulakan penggambaran bermula 27 Julai di beberapa lokasi di Jakarta, Indonesia.
Eksekutif produser 4WARD Pictures, Nashrul Nasir dan Alif Nabil ada alasan tersendiri mengapa pihaknya memilih untuk mempersembahkan filem seram di negara jiran.
“Filem horor (seram) mempunyai nilai yang besar berdasarkan kepada permintaan daripada penonton. Naskhah sedemikian masih diminati dan mudah difahami berdasarkan kepada penceritaannya.
“Malah 4WARD Pictures merasakan wujudnya persamaan budaya dan nilai antara dua negara serumpun, Malaysia dan Indonesia. Kami juga mendukung filem-fikem berkualiti yang ditayangkan di kedua-dua negara,” katanya.
Sependapat dengan Nashrul, Alif juga melihat Indonesia banyak menawarkan keunikan dan keistimewaan dalam konteks sebuah karya filem.
“Dari dulu kami juga sangat minat dengan filem Indonesia dan kini kembali berkesempatan untuk mencipta nama berkembangan di Indonesia,” kata Alif Nabil.
Berkongsi mengenai pemilihan Atiqah Hasiholan sebagai pelakon utama The Parcel, Nashrul menjelaskan pihaknya telah melakukan ‘reset’ dan uji bakat bagi mendukung watak yang diperlukan.
“4WARD Pictures memang mencari bintang yang mampu menyampaikan karakter utama sesuai dengan situasi dan Atiqah dilihat mampu memberikan apa yang diperlukan.
“Iaitu daripada segi ciri-ciri, imej, kriteria, fizikal selain prestasi lakonan yang dikehendaki,” katanya lagi.
Selain Atiqah Hasiholan, The Parcel turut dibarisi pelakon hebat seperti Baim Wong, Putri Ayudya dan Whani Dharmawan selain bintang Malaysia, Nora Danish dan pelakon baharu yang kian meningkat naik, Amir Ahnaf.
The Parcel mengisahkan tentang wanita bernama Radha, yang bertugas sebagai ‘photo journalist’. Nasibnya berada di hujung tanduk susulan sebuah kes.
Atas desakan kewangan, Radha dan anak lelakinya perlu mencari sebuah rumah yang lebih murah sewanya.
Lalu, mereka mendiami sebuah rumah yang mana di dalamnya turut mempunyai sebuah bilik yang dikhaskan untuk memproses filem negatif.
Tiada jiran yang mendedahkan mengenai kisah lama pemilik rumah terdahulu sebelum mereka mendiaminya.
Misteri berlaku apabila Radha menerima satu kiriman bungkusan tanpa nama dan alamat yang jelas. Atas rasa ingin tahu, Radha membuka kiriman berkenaan.
Lalu, tercetuslah pelbagai kejadian menakutkan, antaranya jiran yang tiba-tiba ditemukan mati dalam keadaan yang dahsyat. Mampukah Radha merungkai misteri yang berlaku?
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Usahawan Ezwan Zain mengulas mengenai majlis resepsi hari bahagianya bersama isteri tercinta, Erra Fazira, pada Sabtu.
Bapa kepada seorang cahaya mata itu juga turut mengulas...