Penyanyi dikir yang selama ini hanya mencipta nama mereka di Kelantan khususnya melahirkan rasa terharu dan gembira apabila diberikan peluang untuk menunjukkan bakat mereka kepada penonton luar.
Bagi ketiga-tiga penyanyi dari Kelantan itu iaitu Adik Waniey, Fadil Turbo dan Adam ZBP, mereka teruja apabila masing-masing kini sudah mula mendapat perhatian peminat baharu selepas terbabit dalam siri Konsert Jelajah Suria Kuasa 2 Yaya Empire.
Kesemua mereka yang digelar penyanyi dikir kerana membawakan lagu-lagu dalam dialek Kelantan itu diberikan peluang membuat persembahan pada ke semua lokasi jelajah anjuran stesen Suria FM iaitu di Pulau Pinang, Johor dan Negeri Sembilan.
“Syukur ramai beri maklum balas yang baik dan tak sangka ada yang kenal kami dan ikuti kami walaupun bukan dari Kelantan serta ada yang tahu lagu kami.
“Bagi saya peluang yang diberikan ini satu platform yang sangat baik untuk perkembangan kerjaya kami,” kata Adik Waniey atau nama sebenarnya Azmahirawani Nordin, 33.
Dua lagi sahabatnya turut senada dengan bekas peserta Dangdut Star itu yang melihat peluang diberikan sebagai laluan untuk dikenali lebih ramai peminat.
“Terima kasih kepada Suria dan Yaya Empire kerana memberi peluang dan kepercayaan kepada kami,” kata Fadil Turbo atau nama sebenarnya Mohd Fadil Mohd Noor.
Ads
Bagi Adam ZBP atau Mohd Zuhri Iman Zaidi, 22, dia agak gementar pada awalnya ketika mahu beraksi di pentas luar dari Kelantan, namun lega apabila mendapat sokongan di kesemua lokasi Jelajah Suria Kuasa 2 Yaya Empire.
“Sebagai bakat baharu, saya sangat hargai peluang ini dan mengintai peluang untuk memperkenalkan diri saya dalam bidang nyanyian,” katanya.
Sementara itu, Pengurus Besar Suria FM Roslinda Abd Majid juga memberitahu mereka mendapat maklum balas sangat baik daripada pendengar.
Ads
“Selain menampilkan artis popular kali ini kami bawakan kelainan dengan kehadiran persembahan penyanyi dikir ini dalam mewarnakan lagi konsert jelajah kami.
“Kesinambungannya akan dijalankan di jelajah Kota Bharu pada 11 dan 12 Oktober ini dengan Pertandingan Nyanyian Lagu Dialek Kelantan menampilkan 10 peserta.
“Kesemua mereka berpeluang merebut hadiah wang tunai tajaan Yaya Empire di mana empat akan bersaing di peringkat final,” katanya.
DJ Lin menambah, jelajah di Nilai juga mencipta sejarah apabila pengurusan AEON memaklumkan lebih 10,000 pengunjung hadir di kedua-dua hari berkenaan.
Ads
Menurutnya, pihak pasar raya berkata jumlah berkenaan yang tertinggi pernah dicatatkan dalam acara yang pernah dianjurkan.
Pengarah Urusan Yaya Empire, Nadia Mat Isa mengakui gembira dengan sambutan di Nilai dan berjaya mencatat jualan produk wangian jenamanya yang mencecah enam angka.
“Kami sangat gembira dengan penyertaan bersama Suria FM dan DJ Lin khasnya dalam jelajah kali ini dan jangan lupa penutup di Kota Bharu Kelantan nanti yang turut bekerjasama sempena Hari Sukan Negara,” katanya.
Jelajah Suria Kuasa 2 Yaya Empire bakal berlangsung di lokasi terakhir di Kota Bharu menampilkan artis seperti Floor 88, Afieq Shazwan, Baggio Damasutra, Poey Stings dan Sri Budi Jati, pada 11 hingga 12 Oktober depan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
Pelakon dan pengarah, Que Haidar mengesahkan rumah tangga yang dibinanya selama lebih 15 tahun bersama Linda Jasmine berakhir dengan perpisahan apabila mereka sudah pun bercerai talak satu pada 2 Julai lalu.
Meleraikan spekulasi mengenai status rumah tangga, Que atau nama sebenarnya, Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar, 45, bagaimanapun menjelaskan hubungan bersama bekas isteri masih lagi baik demi anak-anak.
“Allahuakbar… Alhamdulillah itu (perceraian) Allah yang tentukan, aturkan. Saya minta semua doakan yang baik-baik untuk saya dan Linda. Tapi kami masih lagi baik, tiada siapa yang mahu bercerai.
“Tapi itu mungkin jalan yang terbaik, kami masih berkawan demi anak-anak. Penceraian kami berlaku pada 2 Julai lalu,” katanya.
Que menjelaskan perkara itu ketika ditemui sejurus Malam Kemuncak Anugerah Seri Angkasa (ASA2024) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Sabtu.
Reda dengan ketentuan Yang Maha Esa, Que memilih untuk tidak berkongsi lanjut mengenai punca perpisahan kerana menyifatkan soal rumah tangga adalah suatu yang peribadi.
Namun dia bersyukur kerana kedua anak perempuannya, Ratu dan Cleopatra bersikap matang untuk menerima ujian yang berlaku terhadap ibu dan bapa mereka.
“Bagi saya hal rumah tangga merupakan hal yang sangat peribadi. Perkara seperti ini (perceraian) bukanlah untuk dibanggakan. Lebih baik simpan untuk diri-sendiri, doa yang baik-baik.
“Kami saling menyokong di antara satu sama lain, maksudnya apa yang terbaik untuk kami berdua dan juga anak-anak.
“Apa pun, itu hal personal jadi tiada benda yang perlu diuar-uarkan atau dikongsi. Tiada siapa yang sudah berumah tangga mahu bercerai.
“Hubungan kami masih sangat baik, kita okay. Alhamdulillah anak-anak juga dapat menerima dengan matang. Tiada perbalahan antara kami,” katanya lagi.
Imbas kembali, Que dan Linda mendirikan rumah tangga pada 14 Februari 2009 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Tengku Ratu Haidar, 15, dan Tengku Cleopatra Haidar, 12 tahun.
Linda sebelum ini pernah berkahwin dan mempunyai anak lelaki, Qalif Khan yang kini berusia 24 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
Pengurus kepada pelakon, Fattah Amin iaitu Sakirin Acha mengakui pihaknya tidak tahu-menahu mengenai pelancaran single duet terbaharu Fattah bersama bekas isterinya, Nur Fazura berjudul Bertahan Demi Cinta yang bakal dilancarkan Khamis ini.
Menurut Sakirin Acha atau Acha, dia juga menafikan dakwaan segelintir netizen yang menuduh Fattah cuba menggunakan isu perceraian sebagai gimik untuk mempromosikan single berkenaan.
“Saya baru saja menghubungi Fattah untuk mengetahui perkara ini dan dia maklumkan tidak tahu-menahu mengenai pelancaran single duet ini.
“Saya ingin tegaskan perceraian ini bukan satu gimik untuk mempromosikan single duet atau dibuat main. Saya orang pertama yang akan melarang Fattah sekiranya dia mahu mempromosikan single itu pada waktu sekarang,” katanya.
Acha menambah, Fattah menjelaskan single duet itu sebenarnya sudah lama dirakam dan pernah menjadi salah satu runut bunyi drama bersiri Hero Seorang Cinderella 2 sebelum ini.
“Lagu ini pernah dimainkan dalam drama Hero Seorang Cinderella 2. Malah proses penggambaran muzik video juga sudah lama dibuat di Indonesia.
“Cuma tak sangka pula single ini dilancarkan sekarang hingga mengundang pelbagai fitnah yang tidak benar. Jadi, saya harap netizen berhenti membuat spekulasi tak betul,” katanya lagi.
Ditanya mengenai keadaan terkini Fattah selepas perceraian yang berlaku, Acha memaklumkan, pelakon itu berada dalam keadaan baik.
“Insya-Allah Fattah baik-baik saja. Saya yakin dia kuat untuk menghadapi ujian ini. Cuma apa yang berlaku ini membuatkan dia sangat tertekan dan terkejut, tapi saya harap dia reda,” katanya.
Terdahulu, syarikat rakaman Indonesia, Hits Records memuat naik video di Instagram memaklumkan pasangan itu bakal melancarkan single Bertahan Demi Cinta pada 10 Oktober ini di semua platform penstriman digital.
Pada Isnin, Fattah melafazkan cerai talak satu di hadapan Hakim Syarie Abdul Malik Soleh pada pukul 9.45 pagi di Mahkamah Rendah Syariah Petaling di Subang Bestari, Shah Alam selepas tujuh tahun bergelar suami kepada Fazura.
Fazura dan Fattah berkahwin pada 27 November 2017 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya, 4.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
Sumber: Harian Metro
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan pengacara, Riena Diana memohon pertolongan orang ramai untuk mengesan dua individu yang didakwa telah mencuri barangan berharga milik ibu saudaranya.
Menurut Riena, kejadian tersebut berlaku sewaktu ibu saudaranya itu sedang membeli belah di Times Square, Kuala Lumpur.
“Kau cari pasal dengan keluarga aku, itu bermakna kau cari pasal dengan aku.
“Kejadian ini berlaku di Times Square Bukit Bintang. Tolong bantu saya cari pasangan haram tak guna ni.
“Penyeluk saku yang curi duit dan gelang ibu saudara saya,” tulisnya.
Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh pelakon drama Salju Di Bumi Aukland itu menerusi sebuah hantaran di Instagram.
Menerusi hantaran yang sama, Riena turut berkongi foto daripada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan wayah dipercayai merupakan pelaku.
Dalam pada itu, Riena turut menggesa si pelaku untuk menyerahkan barangan berharga tersebut dan laporan polis bakal ditarik semula.
“Siapa yang dapat, maklumkan kepada saya. Selain duit, ada gelang yang Auntie Riena sayang sangat pemberian dari orang. Saya
minta tolong semua kalau sesiapa yang kenal, tolong bagitahu.
“Jika anda (pelaku) membaca ini, tampil ke depan dan pulangkan barang itu. Kita tarik report. Minta jasa baik semua untuk share sampai dapat jumpa pelaku ni,” ujarnya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti mendoakan semoga barangan tersebut dijumpai semula dan pelaku mendapat hukuman setimpal.
“Semoga dipermudahkan. Kenapalah singkat sangat fikiran.
“Gambar clear tu. Mesti tak senang duduk.
“Biar famous sebab malu. Cari kerja halal la.
“Semoga Allah permudahkan urusan kamu dan berikan hukuman setimpal pada pelaku,” antara komen-komen netizen.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon terkenal siri Sex and the City, Kim Cattrall, selamat bergelar isteri kepada pasangannya, Russell Thomas, dalam satu majlis perkahwinan serba sederhana yang berlangsung...