Lebih dua dekad terlibat dalam seni, Ani Maiyuni atau nama lengkapnya, Aishah An-Nur Osman mengakui pada fasa sekarang, dirinya lebih selesa menyanyikan genre dangdut berbanding irama muzik lain kerana mahu mempertahankan jurnal muzik sedemikian.

Ani bagaimanapun ketika ditemui MH memberitahu, keselesaannya di dalam menyampaikan lagu-lagu dangdut bukanlah bermakna dia hanya mahu menyanyikan genre tersebut semata-mata. Sebaliknya, mengakui dangdut sudah pun sebati dengan diri.

“Bukan tidak boleh nyanyikan lagu-lagu lain selain daripada dangdut. Cumanya kalau saya pergi dengan muzik lain, siapa yang akan pertahankan dangdut?

 

“Artis dangdut pun boleh dikira dengan jari sahaja. Jadi biarlah buat masa ini, saya terus persembahkan lagu dangdut bersama rakan artis lain,” katanya optimis.

Ditanya sama ada dia turut menanam impian untuk melancarkan single baru demi kelangsungan kerjaya dalam seni, penyanyi berusia 40 tahun ini tidak mahu terburu-buru, bimbang andai apa yang dirancang tidak menjadi kenyataan sebagaimana yang diharapkan.

IKLAN

“Bila buat lagu baru ni, ada pro dan kontranya. Sama ada lagu baru tu akan buatkan nama kita melonjak naik, atau nanti akan jadi ‘suam-suam’ saja andai kata radio tak main,” dedah Ani yang kali terakhir muncul menerusi lagu Buruanmu, duet bersama Dior lebih empat tahun lalu.

Dalam perkembangan lain, bintang yang popular menerusi lagu Sedap ini akan menghiburkan pengunjung di Hotel Royal, Kuala Lumpur sepanjang Ramadan.

IKLAN

Kerjasama tersebut adalah buat tahun kelima dan turut menjayakan persembahan berkenaan ialah rakan artis, Kelly Azman.

IKLAN

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI