Semalam tular di laman sosial yang hangat memperkatakan tentang seorang penyampai radio wanita yang didakwa sebagai ‘kaki’ dadah jenis syabu.

Berita ini mengejutkan kami di MH Online apabila terbaca kisah penyampai radio ini di sebuah portal hiburan.

Menurut portal hiburan tersebut, bekas teman lelaki kepada penyampai radio ini telah berkongsi status di laman Facebook dengan meluahkan rasa marah yang telah lama dipendam.

Katanya, dia telah lama berdiam diri dan kali ini tak boleh tahan sabar lagi.

Penyampai Radio Kaki Syabu?

Dia berkata, pada tahun 2008, penyampai radio tersebut telah datang ke rumahnya dan meminta pertolongan untuk tinggal di rumahnya buat sementara waktu kerana pada ketika itu dia sahaja dihalau keluar dari rumah oleh pakciknya dan tidak mempunyai wang untuk menyewa.

Pada tahun 2010, atas dasar kasihan, dia dan ibunya yang sedang sakit bersetuju untuk membenarkan penyampai radio berkenaan tinggal bersama mereka.

Penyampai Radio Kaki Syabu?

IKLAN

Setahun kemudian, dia telah membeli sebuah kondominium dengan wang simpanannya dan menamakan penyampai radio ini sebagai pemilik rumah berkenaan.

Penyampai radio ini juga telah berjanji jika hubungan mereka putus dia akan memulangkan semula rumah itu.

Akhirnya hubungan mereka putus pun begitu, dia masih lagi membenarkan penyampai radio tersebut tinggal di rumah itu secara percuma.

IKLAN

Lelaki ini turut mendakwa bahawa peyampai radio ini telah mengambil dadah jenis syabu pada tahun 2015 dan turut mendedahkan bahawa mempunyai hubungan sulit bersama seorang pemain dram sebuah kumpulan rock yang sudah berkahwin serta menjadi pembekal dadah untuk penyampai radio tersebut.

Dek kerana bimbang dengan keadaan wanita tersebut yang terlibat dengan dadah, dia mahukan rumahnya kembali namun wanita tersebut enggan untuk memulangkannya.

Rumah yang bernilai hampir RM600,000 tersebut terus dibayar oleh lelaki tersebut kepada pihak bank tanpa gagal.

IKLAN

Namun wanita tersebut nekad untuk tidak memulangkan kembali rumah tersebut dan mendakwa itu adalah hartanya.

“Dia ada buat laporan polis terhadap saya dan tidak membenarkan saya berada dekat dengan ‘hartanya’.

“Ibu wanita itu juga turut membuat laporan polis yang sama berhubung perkara sama,” tulisnya.

Lelaki tersebut mendakwa sudah beberapa kali menghubungi wanita tersebut namun gagal.

“Saya bersumpah perkara yang ditulis adalah benar dan mempunyai saksi,” katanya.

Lelaki itu turut merakamkan video ketika dia sedang ‘berbincang’ dengan penyampai radio tersebut.

Sumber: Mynewshub

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI