Semalam telah berlangsungnya final bola sepak bersempena Sukan Sea 2017 di antara pasukan negara menentang Thailand.

Perlawanan yang berlangsung selama 90 minit itu nampaknya berakhir dengan kekecewaan apabila pasukan negara telah ditewaskan dengan gol sebanyak 1 – 0 oleh Thailand.

Satu gol pasukan Thailand itu telah membuat segelintir rakyat Malaysia marah kepada penjaga gol negara, Haziq Nadzli yang telah menyebabkan bola tersebut bolos ke dalam gawang gol negara.

Penjaga Gol Harimau Muda Mohon Maaf Atas Kesilapan

Kesilapannya itu seolah-olah tidak dapat diterima oleh penyokong negara kerana Haziq tidak dapat menepis bola tersebut dengan baik sehingga memberikan gol kemenangan kepada Thailand.

Namun begitu menurut satu sumber, Haziq telah mengakui kesilapannya dan dia juga menyatakan bahawa kesilapannya itu bukan sesuatu yang disengajakan.

IKLAN

Penjaga Gol Harimau Muda Mohon Maaf Atas Kesilapan

Haziq juga berkata dia sedia menerima segala kritikan yang dilemparkan kepadanya atas kesilapan yang telah dilakukan malam semalam serta berharap agar dirinya dapat dimaafkan.

“Bola itu melencong ke dalam, saya nak tumbuk tetapi keadaan hujan menyebabkan saya tersilap ketika menumbuk keluar. Apa boleh buat, itu bukan rezeki saya, bukan saya sengaja. Kalau saya sengaja, tidak perlulah saya bermain,” jelasnya.

Jelas Hazriq lagi, hanya kerana satu kesilapannya membuatkan orang lupa dengan kejayaannya sebelum ini yang berjaya menyelamatkan gawang negara daripada dibolosi bola pihak lawan.

IKLAN

Penjaga Gol Harimau Muda Mohon Maaf Atas Kesilapan

Penjaga Gol Harimau Muda Mohon Maaf Atas Kesilapan

Haziq juga turut mengucapkan terima kasih buat mereka yang telah memberikan kata-kata semangat buatnya dan kepada yang mengecam pula, baginya iti adalah hak mereka untuk bersuara.

IKLAN

“Sepuluh kali saya selamatkan gol, orang takkan ingat tetapi orang akan ingat sekali sahaja kesilapan saya. Siapa yang memberikan semangat kepada saya, terima kasih diucapkan. Siapa yang cakap macam-macam, itu hak mereka, saya tidak kisah,” ujarnya.

Penjaga Gol Harimau Muda Mohon Maaf Atas Kesilapan

Penjaga Gol Harimau Muda Mohon Maaf Atas Kesilapan

Apapun Haziq dan pasukan negara sudah menjalankan tanggungjawab mereka untuk bermain sehabis baik malam tadi namun sudah tertulis rezeki kemenangan untuk meraih pingat emas pada Sukan Sea 2017 kali ini bukan milik Malaysia.

Kepada pasukan negara teruskan usaha untuk menjadi pemain yang lebih baik di masa akan datang dan InsyaALLAH untuk Sukan Sea ke-30 nanti kita tebus semula kekalahan semalam dengan sebuah kemenangan.

Sumber: Stadium Astro

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI