Categories: Hiburan

Pengacara Terkenal Didakwa Tidak Berkomunikasi Dengan Keluarga Lebih Tiga Tahun

Share

Pelakon dan personaliti televisyen Indonesia, Jordi Onsu, mengesahkan bahawa hubungan komunikasinya dengan abang kandungnya yang juga pengacara terkenal, Ruben Onsu, telah terputus sejak sekitar tahun 2022.

Perkara itu dimaklumkan ketika ditemui media tempatan Indonesia di Lapangan Terbang Soekarno-Hatta, Tangerang, baru-baru ini.

Jordi menyatakan bahawa talian komunikasi dengan abangnya itu masih belum pulih hingga sekarang, sekali gus mengesahkan desas-desus wujudnya jurang dalam hubungan kekeluargaan mereka.

Menurut laporan detikHot, beliau memaklumkan bahawa usaha dirinya untuk memperbaiki keadaan sudah dilakukan, termasuk cuba menghubungi dan meminta maaf. Namun, usaha tersebut belum berjaya kerana akses komunikasinya dengan Ruben masih disekat.

Menurutnya, hubungan bersama ahli keluarga lain tidak terjejas dan masih berada dalam keadaan baik. Beliau menjelaskan bahawa interaksi bersama ahli keluarga selain Ruben berjalan seperti biasa termasuk pertemuan keluarga.

Jordi turut menegaskan bahawa meskipun wujud situasi yang tidak ideal, beliau tetap menghormati kedudukan abangnya dalam keluarga dan berharap ruang perdamaian akan terbuka pada masa yang sesuai.

BACA JUGA: Dua Hari Peluk Islam, Ruben Onsu Sudah Hafal Tiga Surah Pendek

Dalam kenyataannya, Jordi menyebut bahawa komunikasi dirinya dengan beberapa ahli keluarga turut terhalang pada waktu tertentu, namun situasi itu hanya berlaku antara dirinya dan Ruben sejak beberapa tahun lalu.

Beliau juga menjelaskan bahawa dirinya tidak memaksa keadaan untuk kembali baik secara tergesa-gesa dan menyerahkan kepada waktu untuk menentukan masa yang tepat bagi memulihkan hubungan kekeluargaan tersebut.

Kisah hubungan dingin dua beradik selebriti ini menarik perhatian ramai memandangkan mereka sebelum ini dikenali rapat dan sering terlibat dalam projek hiburan bersama.

++ Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi TikTok, Instagram, Facebook & Telegram Media Hiburan 

Published by
MFA