Berita

Penantian 18 Tahun Berakhir, Impak Maksima 2 Kembali Mengganas & Menggegar!

Share

Selepas 18 tahun, sekuel filem yang pernah mencetuskan fenomena pada tahun 2007 bakal mengulangi sejarahnya bermula 17 Julai ini!

Filem Impak Maksima 2 kali ini tampil dengan aksi yang lebih mendebarkan dan menggegarkan.

Filem terbitan Screen Studio Sdn Bhd arahan Dr Ahmad Idham Ahmad Nadzri ini menampilkan hampir 1000 buah kereta pelbagai jenis, yang pastinya akan membuatkan peminat sukan permotoran terutamanya kereta, tidak sabar menanti tayangannya!

Impak Maksima 2 menampilkan gabungan pelakon lama dan pelakon baharu yang sedang meningkat naik.

Antara pelakon yang membintangi filem ini termasuk Zul Huzaimy, Dato’ Sri Eizlan Yusof, Dynas Mokhtar, Riezman Khuzaimi, dan Opie Zamie.

Mereka digandingkan bersama barisan pelakon baharu seperti Arfie Shah, Nelissa Nizam, Muhsin Nadzli, Fad Bocey, Riena Amirah, Man Raja Lawak dan ramai lagi.

Penggambaran telah dijalankan di beberapa lokasi utama seperti Lembah Klang, Iskandar Puteri, Johor Bahru dan Melaka Bandaraya Bersejarah.

Sokongan Hebat & Cabaran Hasilkan Filem Aksi

Sokongan padu daripada para penaja seperti Goodyear, Petronas Syntium, APD Crew Circuit, Tatabaum Autowerks, Ultra Racing, WrapXpert, Works Engineering dan HJC Helmet membuktikan keyakinan mereka terhadap filem Impak Maksima 2.

Tidak ketinggalan, penghargaan juga diberikan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) dan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) atas bantuan dan kerjasama mereka sepanjang proses penggambaran.

Antara cabaran terbesar, termasuklah bagi memastikan Impak Maksima 2 tampil lebih memukau berbanding filem asal Impak Maksima (2007).

Namun begitu, sejak awal penggambaran, filem ini telah menjadi antara yang paling tular (viral) di platform media sosial.

Pendekatan promosi yang lebih berani dan kreatif setakat ini menunjukkan hasil yang positif dan akan moga momentum ini diteruskan sehingga hari tayangan!

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

Published by
MH