Pelawak, Achey mengakui dia dapat merasai pengalaman ‘manisnya’ bergelar bapa, dalam menjaga anak angkat mereka iaitu Nur Tiara Zinnirah Nasir.

Katanya, berat badannya turun namun itu semua adalah kenangan manis buat dirinya.

“Berat badan saya turun lebih 2 KG dan rasanya akan turun lagi sebab sekarang dia dah di fasa ‘macam-macam’.

 

“Saya dan isteri sama-sama jaga anak dan kalau isteri penat, saya akan ‘take over’ dan begitulah sebaliknya. Tambahan pula, anak saya ni jenis tidur siang jadi kalau malam memang celiklah matanya.

 

“Bila dah ada anak ini, saya akan curi-curi masa untuk berehat, contohnya kalau sampai awal di tempat shooting, saya akan tidur sebentar. Iyalah kan, nak merasa jaga anak sendiri,” katanya kepada MH.

Penangan Jaga Sendiri Anak, Achey Turun Lebih 2KG. Tapi…

IKLAN

Dalam pada itu, Achey juga mengakui tidak mempunyai masalah sekiranya anaknya melibatkan diri dalam industri walaupun di usia muda.

IKLAN

“Pada saya, tak salah untuk melibatkan diri dalam industri kalau dia ada rezeki. Itu adalah bonus dan menyokong cuma saya akan bimbing lah dia.

 

“Lagipun, saya lebih banyak mengekalkan hidup yang bersederhana dan banyak bawa dia kemana-mana saya dan isteri pergi untuk ajar dia cara hidup yang sebegitu.

 

“Saya tak mahu nanti dia dah besar, dia akan ada tanggapan ‘aku anak artis’, cukuplah sekadar hidup bersederhana,” katanya lagi.

Sebelum ini, Achey dan isterinya, Nor Hasanah Yahaya mengumumkan pengambilan anak angkat mereka pada Mei lalu sekaligus menamatkan penantian selama lapan tahun untuk beroleh cahaya mata.

IKLAN

Foto/Instagram: Achey

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI