Penyanyi wanita, Siti Nordiana baru-baru ini ada berkongsi satu peringatan untuk sentiasa mengingatkan diri supaya jangan terus alpa dalam dunia yang sementara ini.

Menerusi perkongsiannya itu, penyanyi yang lebih senang dipanggil dengan nama Nana ini telah berkongsi satu kata-kata yang sangat mendalam dan terkesan kepada semua.

“Gelisahlah, ketika Kau banyak maksiat namun Hidup Mu baik-baik saja.

 

“Gelisahlah, ketika Kau terlalu Mengejar Dunia & kurang dalam Beramal,” antara kata-kata yang terdapat dalam perkongsiannya itu.

Di ruangan kapsyennya pula Nana menulis,

IKLAN

“Takutnyaaa …?? #islamicquotes #beautifulreminder #sitinordianaquotes,” tulisnya.

Rata-rata peminatnya di Instagram telah mengucapkan terima kasih di atas peringatan yang dikongsi oleh Nana itu.

nana.manissst: Tq nana for the reminder. Kadang kadang kita sendiri tak perasan hati kita sudah beku. Jiwa sudah sukar tersentuh dengan bisikan kerohanian?

IKLAN

zyra_asyira: Subhanallah… thankss kakak for peringatan..masuk office rasa termotivasi harini? Allahuakhbar… luv u.. ❤️

maria.qiffsya: Insyaallah.. dgn saling ingat mengingati sesama kita .. moga kita ke arah yg lebih baik.. terus kan istiqomah..

IKLAN

fienaaqilah: Beautiful reminder . thankyouuu kak nana ☺️ semoga kita terus beristiqomah.

Kadang-kadang dalam hidup ini memang kita selalu terleka dengan keindahan dan kemawahan di dunia sedangkan ianya hanyalah sementara.

Sumber: Instagram Siti Nordiana

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI