Berdegup laju jantung MH apabila terbaca kapsyen yang ditulis oleh pelakon dan penyanyi, Abby Abadi di Instagram yang mengatakan bahawa pemilik akaun tersebut sudah meninggal dunia.

“إنّا لله وإنّا إليه راجعون

 

Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun

.

Dimaklumkan pemilik IG ini, Arbaieyah bt Abdul Manan atau lebih dikenali sbg Abby Abadi baru sahaja meninggal dunia pukul 830malam tadi. Arwah ketika itu berada di Masjid Al Hidayah,Taman Melawati. Arwah pergi meninggalkan kita ketika dia sedang sujud solat Isyak berjemaah. Jenazah masih berada di Masjid Al Hidayah utk dikebumikan pagi ini in shaa Allah. Marilah sama2 kita mendoakan kebaikan utk arwah, mohon di ampunkan segala kesalahan arwah, mohon halalkan segalanya utk arwah. Jika arwah ada berhutang dgn sesiapa mohon hubungi pihak keluarganya. Terima kasih,” tulisnya.

Namun ini rupanya hanya peringatan serta contoh kepada pengikut dan peminatnya sahaja jika anda baca status yang ditulisnya sehingga habis Abby ada menulis, apakah perasaan anda apabila status kematian diri anda ditulis seperti itu oleh waris dan adakah kita sudah bersedia untuk mati.

IKLAN

“Bayangkan status di atas ditulis oleh waris kita. Allahu. Sudah bersediakah kita bertemu dgn sakaratul maut?

Apa amalan yg telah kita usahakan selama hidup ini?
Sudah cukup dan 100% puas hati?

.

Ramai antara kita yg berimpian nk mati dlm keadaan baik, taknak mati dlm maksiat, taknak mati berjoget dsb. Takut sebenarnya bertemu ‘kematian’ dlm keadaan hina, tetapi MATI itu pasti tidak kira dimana, tidak tahu bila. Elaklah mcmanapun, lambat atau cepat, kita akan kembali kpd NYA. Tiada pilihan

.

Dah tahu, nampak depan mata cara kematian yg berbagai, kena tak dijadikan iktibar? #cakaputkdirisendiri ? kenapa tak bersungguh2 ‘bersedia’ utk berjumpa DIA? Anak2 yg ada kenapa dibiarkan tanpa ISLAM?

.

Sahabat,
Pastikanlah setiap perkara yg kita lakukan, setiap urusan dunia yg kita kejarkan bertujuan utk akhirat, agar senang nk menjawab bila berdepan dgn ALLAH nanti. Dunia ini hanyalah sementara Sahabat. Akhirat yg kekal selamanya .

“Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau &permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yg sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui. (Surah Al Ankabut : 64)

.

Sementara bernafas ni. Jom sama2 kita pastikan apa sahaja laman sosial yg kita ada, instagram, facebook, tweeter& lain2 yg sewaktu dgnnya terhindar dari dosa fitnah & maksiat, Letakkan sesuatu yg memberi manfaat. InshaALLAH moga2 apa yg kita tuliskan disini, menjadi saham akhirat utk kita ?#Kemana2BawaISLAMbersama

#SolatlahSebelumKamuDisolatkan
#DoaYangTerbaik #UsahapunKenaTerbaikJuga,” tulisnya lagi.

Bukan sahaja MH, malah peminat dan pengikut Abby di Instagram juga turut merasakan perkara yang sama.

Peminat Terkejut Baca Status Abby Abadi Meninggal Dunia

IKLAN

Peminat Terkejut Baca Status Abby Abadi Meninggal Dunia

Peminat Terkejut Baca Status Abby Abadi Meninggal Dunia

IKLAN

Apapun MH harap setiap yang ditulis oleh Abby ini dapat dijadikan sebagai iktibar buat semua dan sentiasa ingat dengan kematian kerana mati itu pasti.

Sumber: Instagram Abby Abadi

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI