Categories: Berita

Pemain Pertahanan Harimau Malaya, Richard Chin Peluk Islam – “Saya Amat Gembira…”

Share

Pemain pertahanan Harimau Malaya, Richard Li Hua Chin, mengesahkan bahawa dirinya bergelar Muslim selepas mengucapkan syahadah pada November tahun lalu.

Perkembangan itu sekali gus menarik perhatian peminat bola sepak tempatan, apatah lagi pemain kacukan Malaysia-Inggeris itu kini semakin kukuh kedudukannya bersama skuad Harimau Malaya.

Sebelum ini, kehadiran Richard di Masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bahru, ketika skuad kebangsaan mengadakan solat hajat baru-baru ini menimbulkan persoalan sebelum akhirnya terjawab bahawa beliau sudah pun memeluk Islam sejak tahun lalu.

“Saya melafazkan Syahadah untuk menerima Islam pada November tahun lalu. Alhamdulillah, saya amat gembira untuk kini menjadi seorang Muslim.

 “Sudah pasti di sini saya dapat banyak sokongan daripada peminat sepanjang dua tahun lalu, ia memberikan saya motivasi yang besar untuk bermain buat negara ini.

“Memandangkan ini negara Muslim, ia menjadi lebih baik,” kongsinya dalam satu temubual bersama Astro Arena.

Richard yang lahir di Bexley, England pada 15 Oktober 2002 mempunyai darah campuran Malaysia di sebalah bapanya manakala mewarisi darah Seychelles di sebelah ibunya.

Dengan latar belakang tersebut, beliau berkelayakan untuk mewakili tiga negara berbeza, iaitu England, Seychelles dan Malaysia. Dia akhirnya memutuskan untuk mengisi skuad kebangsaan Malaysia

Richard melakukan penampilan sulung antarabangsa mewakili Malaysia ketika menentang pasukan kebangsaan Palestin di Stadium Sultan Ibrahim.

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

Published by
MFA