Meskipun, sudah setahun lebih berlalu saat penyanyi, Nora Ariffin kehilangan suami tercinta namun rasa sakitnya itu tetap terasa hingga hari ini.
Berkongsi di laman Instagramnya, Nora sempat menitipkan pesan buat kaum wanita di luar sana supaya menjaga suami mereka sebaik mungkin di saat masih ‘boleh’ ini.
“Reminder utk yg masih ada suami. Jagalah suami sebaik mungkin.
“KITA ISTERI YANG SERING ALPA….. Alhamdulillah pelukkan terakhir arwah suamiku memaafkan aku dunia dan akhirat…Terima kasih Allah……Terima kasih sayang
“Cuba bayangkan sejenak…suami, orang yang paling kita sayangi, pergi menghadap ilahi, apa korang rasa?
“Sedih kan? Tapi kena redha sebab suami bukan milik kita, dia milik ALLAH SWT,” tulisnya.
Sebelum ini, komposer, Johan Nawawi yang juga suami kepada penyanyi, Nora Ariffin meninggal dunia selepas dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di Subang Jaya awal Mac tahun lalu.
Ads
Berita itu disahkan oleh Nora sendiri saat dihubungi. Johan, 52, dikatakan dibawa ke pusat perubatan berkenaan kerana keadaan kesihatannya kurang mengizinkan dan disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 6.30 pagi.
Foto/Instagram: Nora Ariffin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selepas berhempas pulas membuktikan kemampuannya sejak berada di kelompok Top 100, Zazzleen Zulkifli berpuas hati dengan pecapaiannya sepanjang bertanding di program realiti One In A Million musim ke-4 (OIAM4)