Pengasas kosmetik yang kini bergelar penyanyi, Nur Sajat tidak dapat menyembunyikan rasa gembiranya apabila baru sahaja memulakan projek bersama syarikat penerbangan tambang murah, Air Asia.

Katanya, dia gembira apabila syarikat popular berkenaan memilih produk bengkung dari jenamanya, sekali gus menjalin kerjasama daripada segi membekalkan bengkung kepada kru penerbangan.

“Syukur dengan peluang yang diberikan dan boleh dikatakan, ia antara peluang terbesar saya dalam perniagaan. Pihak kami ada bertemu dengan barisan pengurusan Air Asia di KLIA dan kami ada berbincang kostum baru kru penerbangaan itu, khasnya dalam soal pemakaian bengkung di kalangan mereka.

 

“Setakat ini, penglibatan saya di dalam projek berkenaan adalah daripada segi rekaan bengkung, iaitu persalinan dalaman mereka sebelum mengenakan uniform. Sebab kita tahu, bentuk tubuh kita adalah berbeza-beza jadi apabila mengenakan bengkun yang baik dan berkualiti ia secara tidak langsung dalam memperkemaskan lagi penampilan.

 

“Pada masa sama, ia juga boleh dijadikan sebagai sokongan kepada para kru yang ada ketikanya membantu penumpang dalam segi angkat dan agihan beg. Jadi mengapa tidak untuk saya turut sama membantu memberikan yang terbaik buat mereka,” katanya ketika dihubungi MH.

Ditanya bilakah kerjasama tersebut akan dilangsungkan secara rasmi, penyanyi lagu Bobo Di Mana itu tidak menolak ia akan berlaku dalam tempoh terdekat.

IKLAN

“Hasil perbincangan adalah baik dan pihak kami juga sudah pun menerima surat kerjasama secara rasmi. Jadi insyaAllah ia akan berjalan tidak lama lagi. Langkah perbincangan pertama itu sudah pun selesai,” jelas Sajat yang turut mempraktik dan menunjukkan beberapa sample bengkungnya pada sesi pertemuan itu.

Pada masa sama, Sajat turut mengakui dalam ramai yang kecam dan memberikan komen negatif, masih ada ruang buat dirinya untuk melebarkan sayap dalam perniagaan.

“Ada sampai mahu boikot, nak sabotaj dan sebagainya. Macam-macam soal negatif yang diberikan. Bagaimanapun alhamduillaH saya percaya pada rezeki dan kalau kita hasilkan barangan yang baik dan berkualiti, pasti akan ada impak positif,” akhirinya. 

Foto: Instagram Sajat

IKLAN

IKLAN

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI