Seperti yang kita semua tahu hari ini media sosial dibanjiri dengan gambar jari yang dicelup dengan dakwat biru sebagai bukti mereka telah menunaikan kewajipan mengundi dan menentukan masa depan negara.

Tetapi sedarkah semua, jari-jari korang itu semakin lama semakin gelap jadinya? MH pasti ramai yang tertanya-tanya mengapa bukan?

Melalui perkongsian seorang wanita di Facebook,  dia menjelaskan sebenarnya dakwat itu akan semakin gelap apabila terkena air.

Malah, ia tidak dapat dihilangkan dengan menggunakan make up remover mahupun sabun kerana ia berciri kekal.

Bagaimanapun orang ramai tidak perlu risau kerana dalam tempoh 2-3 hari dakwat ini akan hilang secara perlahan.

IKLAN

Pelik dan terfikir mengapa?

Semua ini kerana dakwat yang digunakan dikenali sebagai Indelible ink di mana dakwatnya mengandungi ‘silver nitrate’ yang akan larut dan memberi kesan kepada kulit bertukar warna menjadi kebiruan mahupun unggu gelap (lebih kepada hitam).

Menurutnya lagi, silver nitrate ini bukan hanya sekadar menyelaputi permukaan luar jari seseorang sebaliknya ia juga akan terperangkap di dalam sel kulit kita.

IKLAN

Namun jangan bimbang kerana ia tidak akan memeudaratkan apatah lagi membahayakan kesihatan tubuh badan.

Tambahnya, orang ramai tidak perlu bimbang dan ragu-ragu untuk mengambil wuduk kerana ia boleh dibawa solat.

IKLAN

Malah, wanita ini juga sempat memberitahu elakkan dari menggunakan Clorox untuk menanggalkan kesan dakwat kerana ia boleh membahayakan diri.

Pelik Kenapa Dakwat Di Jari Semakin Gelap? Wanita Ini Beri Penjelasan & Jangan Risau Sah Bawa Solat!

Fuh lega kami dengar, so korang jangan risau okay kalau jari korang makin gelap! Takpe, tunggu sahaja beberapa hari jangan pula korang rendam dengan macam-macam bahan chemical ya!

SUMBER : Nur Aliah Mohd Nor (Lia Omey)

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI