Berita

Pelawak Along Cham Sahkan Bakal Lafaz Cerai Taklik Hari Ini

Share

Pelakon dan pelawak, Along Cham mengesahkan bakal memfailkan dan membuat pengesahan lafaz cerai secara taklik terhadap isterinya, Afreena Suhaimi di Mahkamah Syariah Putrajaya, pagi ini.

Along atau nama sebenarnya, Muhammad Nizamudin Ahmad, 42, dijangka memfailkan pengesahan cerai taklik pada jam 11 pagi ini.

Ketika dihubungi, Along tidak mahu mengulas lanjut.

“Saya tiada komen, tapi saya bakal memfailkan pengesahan lafaz cerai secara taklik, hari ini. Kita tunggu episod seterusnya,” katanya ringkas, petik BH Online.

Semalam, Along melakukan sujud syukur dalam kandang tertuduh selepas Mahkamah Sesyen Sepang, semalam melepas tanpa membebaskannya (DNAA) atas satu pertuduhan memiliki dadah disyaki kanabis ditemui di kediamannya di Cyberjaya, Disember tahun lalu.

Bagaimanapun, Along didakwa di Mahkamah Majistret Sepang atas dua pertuduhan lain iaitu memiliki dan memasukkan dadah serta dibenarkan ikat jamin RM5,000.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

Sumber: Berita Harian

Published by
MH