Categories: Hiburan

Pelakon Cinta Cinderella Didakwa Hamili Kekasih, Gagal Tunai Janji Untuk Bertanggungjawab

Share

Pelakon Indonesia, Anrez Adelio, kini berdepan dakwaan serius apabila dituduh menghamili seorang wanita dikenali sebagai Friceilda Prillea, sebelum didakwa mengelak daripada memikul tanggungjawab terhadap kehamilan tersebut.

Menurut laporan media Indonesia, Friceilda Prillea mendakwa dirinya hamil hasil hubungan dengan Anrez, dan pelakon berkenaan pada peringkat awal telah mengakui perkara itu secara lisan serta bertulis.

Pengakuan tersebut dikatakan dibuat sekitar 24 Jun 2025, apabila Anrez dilaporkan menandatangani satu surat pernyataan menyatakan kesediaan untuk bertanggungjawab serta merancang perkahwinan dalam tempoh 21 hari dari tarikh tersebut.

Bagaimanapun, wanita terbabit mendakwa janji yang dibuat itu tidak pernah direalisasikan. Tempoh yang ditetapkan berlalu tanpa sebarang persiapan perkahwinan mahupun kepastian, malah Anrez didakwa mula mengelak dan tidak memberikan sebarang maklum balas jelas berhubung status hubungan mereka.

Friceilda Prillea ketika sesi sidang media bertemu wartawan. Sumber foto: Tangkap Layar YouTube ReyBen Entertaiment.

Berikutan situasi itu, Friceilda Prillea dilaporkan mengambil keputusan untuk membawa perkara tersebut ke peringkat perundangan bagi memperjuangkan hak dirinya serta anak yang sedang dikandung.

Peguam yang mewakili wanita berkenaan turut memetik peruntukan undang-undang berkaitan perlindungan hak kanak-kanak, termasuk hak anak yang dilahirkan di luar perkahwinan.

BACA JUGA: Bekas Pelakon Sinetron Ditangkap Polis, Beli-Belah Guna Duit Palsu

Setakat ini, Anrez Adelio masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi bagi menjawab dakwaan yang dikemukakan terhadapnya. Ketiadaan penjelasan daripada pihak pelakon itu terus mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan masyarakat dan pengguna media sosial di Indonesia.

Sekadar info, Anrez Adelio yang memiliki jutaan pengikut di media sosial cukup terkenal sebagai pelakon drama sinetron. Beliau yang ini berusia 28 tahun telah memulakan kerjaya sebagai pelakon sejak 2014 lagi.

Antara naskhah popular lakonannya seperti Rindu Tak Berujung, Cinta Cinderella, Pacarku Jinny, Setinggi Bintang di Langit dan Rahasia & Cinta.

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

Published by
MFA