Wawa Zainal menerusi laman Instagram miliknya berkongsi sekeping foto Hayla berposing lengkap dengan persalinan putih bersama beg tangan dan kaca mata.
Jelasnya, kanak-kanak zaman sekarang cukup bijak bergaya lebih-lebih lagi anak perempuan. Berbeza dengan anak lelaki yang kelihatan lebih bersederhana.
“Hasil dia shopping smlm. Semua pilih sendiri termasok warna Kuku tu pastu buat sendiri, cpt nya membesar. .pandai nya budak2 zmn skg bergaya.
Ads
“Beza budak pompuan dgn budak laki. hayla Kalau g shopping mall semua benda nak beli. Kalau attar 1 je cukup .. fuhh tarik nafas ada dua anak pompuan da bergaya la puas2 skg ye wahai anak .. sikit tahun lagi pakai Tudung pulak hehe,” tulisnya.
Penampilan Hayla lagak superstar itu turut menarik perhatian netizen, rata-rata memuji dan memberi reaksi di ruang komen.
Ads
Sekadar imbasan, Wawa selamat melahirkan anak ketiga pada 1 Disember lalu. Pasangan ini mendirikan rumah tangga sekitar tahun 2012 dan dikurniakan tiga cahaya mata.
Foto : Instagram Wawa Zainal
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Untuk rekod, Nora mendirikan rumah tangga bersama Nedim Nazri pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Mohamed Neqayl Nedim pada 21 Februari 2018.
Terdahulu, Nora pernah berkahwin dengan Jejai pada 20 Jun 2006 dan mempunyai seorang cahaya mata lelaki Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram.
Bagaimanapun, Nora telah berpisah dengan Jejai pada Julai 2008.
Foto: Instagram Nora Danish
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Menjadi antara filem yang paling dinantikan, Black Widow akhirnya secara rasmi akan ditayangkan Mei 2020 tahun depan.
Filem aksi dari Marvel Comics ini menampilkan Scarlett Johansson sebagai Natasha Romanoff atau Black Widow.
Bintang lain yang turut membintangi filem ini ialah seperti David Harbour mendukung watak sebagai Red Guardian, Florence Pugh (Yelena Belova), OT Fagbenle (Rick Mason), selain Robert Downey Jr sebagai Tony Stark/Iron Man.
Lalu, teaser kepada trailer ini telah pun dilancarkan saluran Youtube Marvel Studio dan sehingga kini, ia sudah pun tular di kalangan para pencinta super hero Marvel.
Sementara itu menerusi Instagram Marvel, rata-ratanya meninggalkan komen sudah tidak sabar untuk menonton filem berkenaan.
Dinobatkan sebagai juara Mentor Milenia 2019, Apex Tajudin atau nama penuhnya Ahmad Amirul Hafizi Ahmad Tadjudin, berazam untuk membawa kedua orang tuanya untuk menunaikan umrah hasil kejayaannya, malam tadi.
Apex yang juga protege Hazama ketika ditemui berkata, dia bersyukur atas kemenangan sekali gus membawa pulang hadiah bernilai RM100,000, trofi dan sebuah motosikal Benelli RFS 150i.
“Duit kemenangan ini, saya akan hadiahkan kepada keluarga saya dan mertua menunaikan umrah.
“Saya juga memang sudah lama menyimpan niat itu dan bersyukur rezeki berpihak kepada diri saya,” katanya kepada MH di Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam pada Ahad.
Bukan hanya pasang niat untuk membawa orang tersayang menunaikan umrah, anak kelahiran Terengganu ini juga nekad untuk mengubah kehidupan sekeluarga.
Malah, isterinya kini menjalankan perniagaan nasi lemak secara kecil-kecilan.
“Seperti sebelum ini, saya seorang buskers (penyanyi jalanan) dan isteri pula seorang peniaga nasi lemak.
“Jadi dengan hasil kemenagan ini, saya mahu ubah hidup dan keluarga untuk mengembangkan lagi perniagaan nasi lemak agar lebih maju ke depan dan lebih komersial.
“Perniagaan yang kami jalankan sekarang ini di depan rumah dengan hanya berbekalkan sebuah meja sahaja.
“Saya juga akan mencari rumah sendiri memandangkan sekarang masih tinggal bersama mertua,” kongsi bapa kepada seorang anak, Muhammad Danish Ar-Raziqin yang kini berusia enam bulan.
Terdahulu, penyanyi berusia 23 tahun ini menewaskan tiga protege lain iaitu Daus Husny selaku naib juara, Aedy Kama tempat ketiga dan Rika Riana ditempat keempat.
Program hiburan Mentor Millenia Akhir disiarkan secara langusung semalam. Tahniah buat semua pemenang!
Kemeriahan Aidilfitri tahun ini semakin terasa apabila ramai penyanyi tempatan tampil melancarkan lagu raya dengan genre dan gaya tersendiri.
Terbaharu, penyanyi Izzue Islam dan Dehaniff...