Penyanyi dan usahawan, Nubhan Ahamad mengakui berasa amat terkejut selepas mengetahui ibunya merupakan salah seorang kontak rapat dengan mangsa pesakit Covid-19.

Jelas Nubhan, ibunya itu difahamkan telah menjadi kontak rapat sewaktu menghadiri aktiviti solat terawih pada hari terkahir Ramadan baru-baru ini.

Katanya lagi, tambah membimbangkan apabila pesakit yang telah dijangkiti Covid-19 tersebut dikhabarkan baru sahaja meninggal beberapa hari yang lalu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by NUBHAN AHAMAD (@nubhan.ahamad)

“Berderau jantung bila dapat tau mak adalah contact rapat mangsa covid 19 di Masjid Juasseh (solat tarawih) akhir ramadhan haritu.

IKLAN

“Dan yang paling merisaukan bila mangsa itu baru sahaja meninggal dunia baru-baru ini. Takziah buat keluarga mangsa,” tulisnya.

Perkhabaran tersebut dikongsikan oleh bintang Akademi Fantasia musim ke-6 itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram pada Jumaat.

Berderau Darah Nubhan! Ibu Jadi Kontak Rapat Covid-19 Ketika Terawih – “Allah, Kau Jauhkanlah Mak Aku Dari Bencana Wabak.” Berderau Darah Nubhan! Ibu Jadi Kontak Rapat Covid-19 Ketika Terawih – “Allah, Kau Jauhkanlah Mak Aku Dari Bencana Wabak.” Berderau Darah Nubhan! Ibu Jadi Kontak Rapat Covid-19 Ketika Terawih – “Allah, Kau Jauhkanlah Mak Aku Dari Bencana Wabak.”Sehubungan itu juga, Nubhan difahamkan telah membawa ibunya itu untuk melakukan ujian saringan Covid-19 sebagai langkah berjaga-jaga.

IKLAN

Malah, bapa kepada dua orang anak ini turut berharap agar orang ramai dapat mendoakan kesihatan ibunya itu.

“Ya Allahhh, kau jauhkanlah mak aku dari bencana wabak ini. Lindungilah mak aku dari segala perkara buruk. InsyaAllah esok akan tau resultnya. Debarannya hanya tuhan yang tau

“Saya mohon doa semua orang agar mak saya negative wabak durjana ini. Semoga Allah melindungi kita semua dan mengangkat wabak durjana ini dari muka bumi ini. Aminn. I love you mak. They love you mak jenny,” katanya lagi.

IKLAN

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa risau selain turut mendoakan agar semuanya baik-baik sahaja buat Nubhan sekeluarga.

Berderau Darah Nubhan! Ibu Jadi Kontak Rapat Covid-19 Ketika Terawih – “Allah, Kau Jauhkanlah Mak Aku Dari Bencana Wabak.” Berderau Darah Nubhan! Ibu Jadi Kontak Rapat Covid-19 Ketika Terawih – “Allah, Kau Jauhkanlah Mak Aku Dari Bencana Wabak.” Berderau Darah Nubhan! Ibu Jadi Kontak Rapat Covid-19 Ketika Terawih – “Allah, Kau Jauhkanlah Mak Aku Dari Bencana Wabak.”

Sekadar informasi, Nubhan sebelum ini sering kali berkongsi mengenai telatah ibunya itu di saluran Youtube miliknya sehinggakan ibunya itu semakin dikenali ramai dan turut popular dengan panggilan Mak Jenny.

Sumber: Instagram Nubhan Ahmad

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI