Pelakon Fasha Sandha yang menganjurkan majlis doa selamat berkongsikan perasaannya yang syukur nikmat apabila mengenang kejayaannya memiliki kediaman pertama pada usia 21 tahun.
Lebih mengujakan, menurut Fasha, dia turut menyediakan surau sendiri di dalam rumah buat kegunaan ahli keluarga.
“Perasaan syukur, sebak, bercampur. Rumah pertama yang dibeli ketika usia 21, dapat dikemaskan mengikut kreativiti sendiri tanpa Interior designer. Deco pun buat sendiri .. nak jimat cost.
“Paling bahagia, dapat sediakan surau buat famili dalam rumah teres (memang impian sejak dulu) biar rumah kecil, tapi ada ruang solat bersama.
“Terima kasih Imam Azim Dan adik2 tahfiz, keluaga tersayang, untuk momen indah semalam,” tulisnya di Instagram.
Ads
Pelakon drama Khilaf Asmara ini turut memuat naik beberapa foto sekitar majlis yang turut dihadiri keluarga Sheila Rusly.
Selebriti popular, Noor Neelofa mendedahkan pemilihan nama anak pertamanya, Muhammad Bilal dilakukan atas sepakat bersama suami, Haris Ismail atau PU Riz.
Menurut Neelofa, dia suka nama tersebut selain hasrat suaminya yang mahukan ia mempunyai makna baik yang boleh diceritakan buat permata hatinya itu bila besar nanti.
“Mengenai nama anak ini, kita banyak berbincang. Misalnya mahu nama itu dan ini. Kami ada cadangkan beberapa nama. Suatu hari, Haris berikan saya senarai nama anak yang sudah disenarai pendek.
“Kemudian saya beritahunya, suka nama ‘Bilal’. Cuma waktu itu, Haris ada sebut, kalau boleh biarlah pemilihan nama itu boleh diceritakan kepada anak nanti,” katanya.
Haris pada masa sebolehnya mahu nama anak tidak dipanggil dengan panggilan ringkas.
“Saya pun kalau boleh biarlah nama itu dipanggil secara penuh. Bilal ni, jarang orang panggil ‘Lal’,” katanya.
Pasangan ini berkata demikian ketika ditemui di Majlis Berbuka Puasa Neelofa & Haris di Cili Kampung, Hartamas, pada Khamis.
Ditanya maksud di sebalik pemilihan nama buat anak sulung mereka yang kini mencecah usia empat bulan itu, PU Riz memberitahu nama berkenaan cukup dekat di hati.
“Bila banyak diundang untuk berikan ceramah, cerita mengenai Bilal (Bilal bin Rabah) ini memang betul-betul terkesan dekat hati.
“Kalau boleh saya ceritakan secara ringkaslah. Pertama, dia orang yang berpegang benar kepada prinsip. Kalimah Allah SWT tidak dibuat main sehingga dia sakit dan hampir mati, tak buat main.
“Kedua, dalam sebuah hadis meski ia ada sedikit keraguan… siapa yang menjadi bilal untuk beberapa tahun, dia akan masuk syurga tanpa dihisab. Sebab dia seru orang sembahyang hari-hari.
“Ketiga, Bilal ini juga seorang insan yang mana dia berjalan di dunia, nabi kata aku dah dengar tapak kaki kau di syurga. Subhanallah.
“Jadi semperna dengan berkat nama Bilal ini, kita berdoa malah kepada semua orang juga. Semoga anak ini dapat ambil berkat namanya. InsyaAllah,” kata PU Riz lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Foto: Neelofa Team
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan penyanyi, Ika Nabella menyeru semua pihak untuk berhenti mengutuk serta mengecam bentuk badan pengasas rumah kebajikan, Rumah Bonda, Siti Bainun Abd Razali yang ketika ini sedang dibicarakan di mahkamah.
Menurut Ika, perbuatan tersebut secara tidak langsung akan menyinggung perasaan orang lain yang mempunyai berat badan yang berlebihan.
“Korang, kalau anda marahkan sangat dekat Bainun, tolonglah jangan sebut pasal penampilan dia. Ia menunjukkan betapa rendahnya mentaliti anda semua.
“Jangan terasa. Saya tegur secara umum ni sebab yang jahat tu dia bukan saiz badan dia. Bayangkan kalau orang-orang lain yang bersaiz seperti Bainun baca, apa yang mereka rasa.
“Mereka akan berfikir perkara yang tidak elok la. Mereka akan berasa sangat teruk dengan saiz badan mereka sendiri. Padahal tak minta pun hidup size begitu,” tulisnya.
Pandangan tersebut disuarakan oleh bekas bintang Akademi Fantasia (AF) musim ke-6 itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Dalam pada itu, Ika turut merasakan isu body shaming mungkin boleh menjadi faktor seseorang itu bertindak di luar kawalan untuk membuli semula individu lain.
Malah, ibu kepada seorang cahaya mata ini turut mendedahkan dirinya juga pernah individu yang berperwatakan berbeza ketika di sekolah dan di rumah akibat kerap kali menjadi mangsa buli.
“Pernah tak anda terfikir mengenai kesan body shaming bagi sesetengah orang? Mungkin apa yang terjadi kepada Bella adalah salah satu daripadanya.
“Orang yang tak kuat imannya akan mencari seseorang yang lemah (dari pandangan mereka) untuk melampiaskan kemarahan mereka. Bukankan situasi tersebut ketara sangat.
“Saya kenal dengan seseorang, masa di sekolah baik sebab saya satu-satunya kawan yang dia ada. Orang lain kasar sangat dengan dia tapi bila pergi rumah dia, saya jadi terkejut sebab dia lain sangat terutamanya pembantu rumahnya.
“Segelintir orang akan stress bila kena body shamming dan mereka akan segera cari orang yang tak ada kuasa atau lemah di mata mereka untuk rasa selamat,” kongsinya lagi.
Bainun, 30, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan iaitu mengabai dan menganiaya remaja perempuan sindrom down, Bella sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi.
Dia didakwa melakukan perbuatan di sebuah kondominium di Wangsa Maju, antara Februari dan Jun 2021.
Pertuduhan terhadapnya adalah mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Ika Nabella
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Walaupun pernah melalui kegagalan dalam rumah tangga, namun penyanyi Shila Amzah tidak pernah menutup pintu hatinya untuk menerima cinta baharu.
Namun begitu, Shila atau nama sebenarnya, Nurshahila Amir Hamzah, 32, berkata dia akan lebih berhati-hati memilih pasangan hidup selepas ini.
“Saya tidak serik kerana masih ada cinta untuk diberikan kepada yang selayaknya. Cuma saya tidak tahu bagaimana jodoh saya pada masa hadapan.
“Cuma saya akan lebih berhati-hati kerana saya bukan sendiri, tetapi ada anak bersama saya,” katanya.
Ibu kepada Seth Uwais ini juga berkata anaknya merupakan sumber kekuatannya untuk terus melangkah dalam menjalani kehidupan seharian.
Walaupun Seth masih belum memahami apa yang berlaku, namun Shila cuba menerapkan suasana positif agar tidak menganggu perkembangan anaknya yang semakin membesar.
“Sebagai ibu, menjadi tanggungjawab saya untuk mewujudkan suasana yang positif. Walaupun anak saya belum memahami apa yang berlaku, saya mahu dia rasa semuanya masih sama.
“Saya bersyukur kerana dia melalui situasi ini (penceraian Shila) pada usia sekarang. Walaupun mungkin Seth akan bertanya juga suatu hari nanti, saya sudah lebih bersedia menjawabnya.
“Tidak dinafikan ada orang takut untuk melalui situasi sebegini (menjadi ibu tunggal), tetapi untuk saya, saya lebih kuat bila nampak wajah anak.
“Jadi saya akan cuba sorokkan apa sahaja perkara negatif atau kesedihan saya. Dahulu saya banyak mengutamakan orang lain, tetapi kini saya belajar untuk mengutamakan diri saya sendiri.
“Mungkin ada yang melihat saya mementingkan diri sendiri. Tetapi pada saya, untuk menjadi ibu yang terbaik, saya perlu utamakan diri dan jaga diri sendiri dulu,” katanya lagi.
Penyanyi lagu Patah Seribu ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Haris Idraki Elias pada April 2018 namun disahkan bercerai pada 8 Februari tahun ini.
Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan seorang anak lelaki, Seth Uwais yang kini berusia dua tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Shila Amzah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kemeriahan Aidilfitri tahun ini semakin terasa apabila ramai penyanyi tempatan tampil melancarkan lagu raya dengan genre dan gaya tersendiri.
Terbaharu, penyanyi Izzue Islam dan Dehaniff...