Malam semalam kita telah dikejutkan dengan berita pemergian chef selebriti terkenal, Pak Engku atau nama sebenarnya Datuk Raja Rosly Raja Mazlan, 58.

Pak Engku telah menghembuskan nafasnya yang terakhir kira-kira jam 9.11 malam di hospital Darul Ehsan Medical Center (DEMC), Shah Alam kerana menghidap penyakit kencing manis. Difahamkan selepas pembedahan, keadaan jantungnya semakin lemah. 

Allahyarham telah dimasukkan ke hospital sejak dua hari lalu dan keadaannya bertambah kritikal jam 7 malam semalam. 

IKLAN

Pak Engku, Chef Selebriti Terkenal Meninggal Dunia

Jenazah telah dibawa ke rumahnya yang terletak di Shah Alam dan akan dikebumikan di Makan Diraja Shah Alam sebelum zohor hari ini. 

IKLAN

Arwah telah meninggal dunia di sisi isterinya, Datin Ramziah Samah dan tiga orang anaknya.

IKLAN

Arwah sangat terkenal dengan masakannya yang sungguh menyelerakan sehingga air tangannya menjadi pilihan orang-orang ternama.

Marilah kita sama-sama sedekahkan surah al-Fatihah buat arwah dan semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI