Pelakon senior, Datin Seri Maria Farida mendedahkan penjagaan kecantikan cukup penting buat dirinya, lebih-lebih lagi untuk terus kekal relevan dalam industri seni.

Menurut Datin Seri Maria, dia amat sayangkan kerjaya sebagai anak seni dan ketika ini bukanlah masanya untuk dia mengundur diri.

“Dalam industri ini saya kena ‘maintain’ diri saya. Kalau tidak pengarah dan produser tidak akan panggil lagi.

“Saya sangat sayangi industri saya. Memasuki umur seperti saya tidak bermaksud saya kena undur diri dan biarkan orang lain ambil alih.

“I’m a fighter. Saya tak boleh duduk diam. Saya masih nak berlakon, nak buat jalankan kerja-kerja sebagai wajah wakilan dan sebagainya. Jadi saya kena maintain diri saya,” kata Maria kepada MH.

Masih Nak Berlakon Pada Usia 51 Tahun, Datin Seri Maria Farida Dah 35 Tahun Bergelar Anak Seni

IKLAN

Dalam pada itu, pelakon berusia 51 tahun itu turut berkongsi rahsia bagaimana dirinya masih menjadi antara pilihan pengarah masa kini.

“Generasi saya dulu mungkin lain. Kita masuk dalam bidang ni sebab kita nak berlakon dan bukan nak glamour. Sebelum ini tiada sosial media untuk kejar semua tu.

“Jadi, niat kita memang nak belajar. Kita pun takut dengan pengarah. Kalau buat silap kena marah. Datang set kena hafal skrip. Segalanya harus bersikap profesional.

“Sekarang ini saya lihat dah tiada semua itu. Sekarang ini semuanya berdasarkan pengikut di media sosial dan juga populariti. Ia sangat berbeza.

IKLAN

“Namun, ada juga yang betul-betul berbakat dan serius sekarang ini. Cuma bagi saya, mereka perlu terus tingkatkan disiplin.

“Ada orang pernah cakap yang saya ini diibaratkan seperti kapal berlayar. Saya hanya terus berlayar buat hal sendiri tetapi saya masih di sini. Tidak pernah hilang,” katanya lagi.

Masih Nak Berlakon Pada Usia 51 Tahun, Datin Seri Maria Farida Dah 35 Tahun Bergelar Anak Seni

IKLAN

Ditanya mengenai rahsia kejayaan, Datin Seri Maria menyifatkan tidak mengambil pusing mengenai hal orang lain adalah kunci kejayaan sebenar.

“Saya seorang yang sangat low profile. Saya tidak mahu ambil tahu orang ni bercerai ke bergaduh ke, saya tidak mahu tahu semua gosip itu.

“Walaupun saya ini berkerja dengan ramai artis, saya tak tahu gosip-gosip mereka.

“Bila saya datang set dan berlakon dengan para pelakon lain, baru saya tahu sebab bila ada di kalangan mereka yang berkongsi cerita dekat saya.

“Apa pun, saya bukan jenis yang lihat media sosial demi mencari cari gosip semata-mata. Lebih senang, saya hanya buat hal sendiri sahaja,” akhirinya.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI