Issey Fazlisham memuat naik potret bersama ibunya, Allahyarhamah Asiah Haron, 62, yang meninggal dunia akibat serangan jantung pada Julai 2019 bersempena sambutan Syawal dan Hari Ibu.
Menurut Issey, foto berkenaan yang dikongsikan di Instagram merupakan gambar terakhir arwah ibu yang diambil tiga tahun lalu.
Pelakon dan usahawan, Nur Fazura mengakui dia dalam perancangan untuk menambah bilangan cahaya mata dalam rumah tangganya bersama suami yang juga pelakon, Fattah Amin.
Fazura berkongsi perkara berkenaan susulan satu hantaran yang dimuat naik di Instagram, pertengahan Mei lalu.
Menerusi video yang sudah pun menerima lebih sejuta tontonan itu, pelakon filen Pisau Cukur ini berseloroh sekiranya mereka bakal beraya berempat pula selepas ini.
“Kami sebenarnya merancang untuk cahaya mata kedua, memandangkan Fatima pun dah nak masuk dua tahun usianya.
“Malah saya perasan, dia selalu juga tonton video bayi. Daripada situ, kita tahu yang dia sukakan ‘baby’.
“InsyaAllah atas perancangan. Sebab ketika ini saya agak sibuk juga. Mungkin akhir tahun, selepas hari jadi saya kalau ada rezeki. Mudah-mudahan kali ini kami mahu anak lelaki.
“Selepas itu saya memohon dan berdoa, semoga ada rezeki untuk anak ketiga pula, mudah-mudahan. Nak tiga cahaya mata,” katanya.
Fazura berkata demikian ketika ditemui media di Majlis Rumah Terbuka Universal Music Malaysia, di Petaling Jaya, baru-baru ini.
Fazura dan Fattah berkahwin pada 27 November 2017 dan dikurniakan cahaya mata pertama, Fatima pada 2 Oktober 2020.
Sementara itu mengulas mengenai perancangan perniagaannya pula, Fazura menjelaskan pelbagai projek istimewa dalam perancangan khas buat pembeli setia.
“Untuk tudung misalnya, kami merancang untuk mengeluarkan koleksi bersempena Raya Haji selain edisi hari jadi. Segala perkembangan akan saya kongsikan dari semasa ke semasa,” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Ketika dalam perjalanan pulang ke kampung, seorang ‘youtuber’ menerusi saluran Jebat Derhaka persoalkan ‘billboard’ RichWorks yang terpampang di beberapa kawasan lebuh raya utama, baru-baru ini.
Menerusi video berdurasi kurang tiga minit dengan tajuk 375 Jebat Derhaka, RichwOrks Sk1m Cepat K4ya? Biar Betul? itu, individu berkenaan seolah-olah menyampah dengan papan tanda berkenaan.
“Dia ni lagi? Tak habis-habis signboard dia ni, poyo gila. Korang tahu tak billboard ni, RichWorks di sini lahirnya usahawan-usahawan dan jutawan. Pergh dia punya sembang, aku pelik la,” persoal individu terbabit.
Video yang dimuat naik pada Hari Raya Pertama itu mendapat perhatian netizen yang turut sama berkongsi pandangan sejurus melihat billboard RichWorks ketika dalam perjalanan pulang ke kampung halaman.
“Aku nak tanya, ko claim semua itu mana buktinya? Aku nak tahu dia buat apa! Aku nak berjaya dalam bisnes, nak ada simpanan RM1 juta, 10 tahun struggle,” katanya lagi.
Soal YouTuber itu lagi, sekiranya dia melahirkan usahawan berstatus jutawan, siapa pula pengasas RichWorks ini, adakah dia ‘bapa’ jutawan?
“Jadi aku nak kenal la kalau boleh, nak tahu dia ni buat apa, produk apa, pengasas dia siapa.
“Nak jumpa dia. Nak tengok dia handsome ke, atau aku lagi handsome. Aduh… orang sibuk nak balik raya, dia sembang macam mana nak jadi kaya.
”Apa ni tunggu lepas rayalah,” katanya yang pelik sama ada RichWorks ini seperti skim cepat kaya atau sebaliknya.
Jebat bagaimanapun menjelaskan, dia bangkit persoalkan hal tersebut kerana ada mendakwa ia menjadi tempat lahirnya usahawan jutawan.
“Ingat senang ke nak buat bisnes jadi jutawan ni? Kalau senang, mesti dah ramai yang buat bisnes ni jadi jutawan. Aku pun nak pergi belajar kalau betul la.
“Kalau betul, mana bukti claim yang RichWorks ada,” katanya lagi yang turut memuat naik video sama di platform Tik Tok.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Walaupun sudah memasuki minggu kedua Syawal, kemeriahan Hari Raya Aidilfitri masih lagi terasa sehingga kini.
Agenda kunjung mengunjung rumah sanak saudara dan rakan-rakan masih lagi diteruskan mengikut tradisi dari zaman berzaman.
Dalam kemeriahan berhari raya, penyanyi Beby Acha tidak ketinggalan merasa sayu apabila sudah 12 tahun beraya tanpa kehadiran abangnya yang merupakan vokalis kumpulan Spin, Achik.
Menurut Beby Acha atau nama sebenarnya, Nur Aishah Md. Shari, 31, setiap kali Syawal dia pasti terkenang memori indah bersama Allahyarham Achik.
“Jarak usia kami lapan tahun, ketika arwah meninggal dunia, saya sudah pun berusia 19 tahun. Jadi banyak jugalah kenangan Aidilfitri bersama arwah.
“Arwah ini kelakar dan agak nakal orangnya. Kegemaran arwah adalah bakar mercun dalam terowong, jadi bunyi letupan itu lebih kuat.
“Bila raya, arwah tidak kedekut untuk belanja adik-adik dan beri duit raya. Walaupun arwah sudah berkahwin, dia tidak melupakan tanggungjawab pada adik-adik.
“Keluarga kami juga besar, jadi bila dapat berkumpul beramai-ramai, rasa seronok sangat. Sekarang ini walaupun masih berkumpul bersama, tetapi momen ketika kecil dulu tidak sama macam sekarang,” katanya kepada Media Hiburan.
Beby Acha meraikan Syawal di kampung halaman di Labu, Negeri Sembilan bersama ibu bapa serta adik-beradiknya termasuk adiknya, penyanyi Tajul Ariff.
Sekadar info, Achik atau nama sebenarnya, Abdillah Murad Md. Shari meninggal dunia selepas terlibat dalam nahas jalan raya di Lebuh Raya Kajang-Seremban (Lekas) pada 18 April 2010.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Beby Acha
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kemeriahan Aidilfitri tahun ini semakin terasa apabila ramai penyanyi tempatan tampil melancarkan lagu raya dengan genre dan gaya tersendiri.
Terbaharu, penyanyi Izzue Islam dan Dehaniff...