Selebriti, Victoria Beckham mengakui dia sudah tidak mengambil peduli apa yang netizen sering katakan berkaitan dengan dia dan suaminya, David Beckham.

Victoria, 44 tahun yang sudah hampir dua dekad berada dalam industri hiburan berkata bahawa dalam tempoh itu dia sudah belajar untuk tidak mengendahkan ‘gosip-gosip murahan’ dan hanya fokus kepada keluarganya sahaja.

“Orang Sering Berkata-Kata Fasal Hubungan Saya Sejak 20 Tahun Lalu,” – Victoria Beckham Dah Bosan Gosip Murahan

IKLAN

“Orang ramai sering berkata-kata, buat cerita tentang hubungan saya dan David sejak 20 tahun dahulu jadi kami sudah biasa tidak mengambil peduli gosip-gosip tu dan hanya menjalankan kehidupan kami secara normal.

 

“Namun, perkara ini memberikan kesan berbeza kepada orang di sekeliling kami…dan itu tidak adil!

 

“Kami berdua sedar bahawa kami lebih kuat berdua berbanding sebagai individu. Adakah kami akan berada di tempat sekarang kalau bukan kerana kami bersama-sama sejak dahulu lagi?

 

“Kuncinya adalah keluarga. Kami lebih kuat berenam berbanding sebagai individu. Sebab itulah ‘family bonding’ sangat penting dalam keluarga kami,” katanya dalam satu temu bual bersama majalah British Vogue.

Sebelum ini, Victoria dan David sering berdepan dengan isu masalah rumah tangga mereka apatah lagi David pernah digosipkan curang terhadap ahli kumpulan Spice Girl itu.

Sepanjang perkahwinan mereka, David dan Victoria dikurniakan 4 orang anak iaitu Brooklyn, 19 tahun, Romeo, 16 tahun, Cruz, 13 tahun dan Harper, 7 tahun.

IKLAN

“Orang Sering Berkata-Kata Fasal Hubungan Saya Sejak 20 Tahun Lalu,” – Victoria Beckham Dah Bosan Gosip Murahan

IKLAN

“Orang Sering Berkata-Kata Fasal Hubungan Saya Sejak 20 Tahun Lalu,” – Victoria Beckham Dah Bosan Gosip Murahan

Foto: Carian Google

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI