Pelakon Zara Zya tidak menafikan rakan baiknya dalam industri seni seperti Jihan Muse dan Fara Fauzana ada memberikan input dan sokongan buatnya dalam persiapan sebagai hos pada malam kemuncak Anugerah Bintang Popular yang bakal bersiaran Ahad ini jam 9.00 malam secara langsung di TV3.

Bercakap mengenai hal itu, pelakon drama Mona Lisa ini bagaimanapun tidak mahu dibayangi cara rakan baiknya itu di dalam mengendalikan sesebuah program.

“Mereka kata ‘aku tahu kau boleh buat, jadi kau buat’. Mereka adalah bagi semangat. Cumanya mereka juga percaya yang kami semua ada cara dan personaliti yang berbeza. Saya tidak boleh jadi Jihan Muse atau Fafau.

 

Begitu juga sebaliknya. Pembawakan diri masing-masing itu lain. Apa pun, saya akan cuba untuk jadi diri sendiri malam itu nanti,” katanya kepada MH.

Ditanya sejauh mana tahap terujanya untuk bergelar hos bersama Janna Nick dan Ajak pada malam gilang-gemilang itu nanti, Zara tidak menafikan dia kian berdebar apatah lagi majlis anugerah tahunan itu merupakan suatu yang cukup sinonim dengan dunia hiburan tanah air.

IKLAN

“Siapa yang tidak tahu dengan anugerah tersebutkan? Suatu yang besar dan seperti yang saya katakan sebelum ini peluang untuk jadi hos program tersebut mungkin hanya datang sekali. Jadi tidak salah untuk saya sahut cabaran. Nak juga tengok kemampuan diri. 

 

“Gementar itu memanglah gementar. Apa pun, masa inilah kita nak tengok kemampuan diri. Sebab sebelum ini ramai yang tahu saya hanya berlakon saja. Jadi salah salahnya peminat tengok sisi lain saya pula,” kongsi Zara yang sudah sedia untuk berdepan dengan kritikan penonton.

Jelasnya, setiap apa yang dilakukan khasnya selebriti pasti akan ada yang tidak kena.

IKLAN

“Tak buat salah pun kena kritik. Malah saya percaya, langkah saja ke pentas nanti orang mula tengok saya dari segi mekap, apa yang saya pakai. Itu belum buka mulut lagi.

 

“Jadi ia bergantung pada saya bagaimana untuk bawa diri pada malam tersebut nanti,” akhiri Zara optimis. 

 

IKLAN

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI