Penyanyi lagu Tiada Lagi Maaf yang pernah menjadi viral kerana menyanyikan lagu cover Tak Tung Tuang, Andi Bernadee mengakui pasang surut skala populariti seseorang artis itu bukanlah bergantung kepada kuasa viral semata-mata.

Sebaliknya, usaha berterusan dengan gaya penyampaian yang bagus memberi ruang buat seseorang penyanyi angkatan baru sepertinya untuk melangkah lebih maju.

Tidak ralat dengan perkembangan kerjaya yang agak perlahan berbading ketika namanya sinonim dengan lagu nyanyian asal Upiak itu, Andi kini mahu memandangkan ke depan dengan mempromosikan single terbarunya, Semalam Sahur Di Mana.

IKLAN

Single tersebut yang telah dilancakran lebih seminggu lalu, kini sudah boleh didapati menerusi semua platform muzik digital.

“Orang Kata, Macam ‘Dah Sejuk…” – Apa Yang Sejuk Tu Andi Bernadee?

IKLAN

“Terus-terang saya beritahu sekarang ibaratnya saya perlu bermula dari bawah balik. Orang kata macam ‘dah sejuk’. Cuma saya berharap agar peminat yang masih mengikuti saya sejak zaman Tak Tung Tuang dan cover verson lagu-lagu lain sebelum ini dapat sokong single baru saya, insyaAllah,” katanya yang tidak pernah ralat dengan apa yang berlaku.

 

“Nak dikata ralat tu tidaklah. Saya sedia faham apabila kita bernaung di bawah label muzik mereka perlu uruskan juga rakan artis lain. Bukan nak tengokkan kita sahaja. Jadi cara terbaik adalah saya bersabar dan rebut rezeki yang ada di depan mata,” luahnya kepada MH.

Ditanya sejauh mana kesukaran buat dirinya dalam bersaing bersama barisan artis balada sedia ada, Andi mengakui ia bukanlah semudah yang disangka.

“Untuk terus perjuangkan lagu-lagu balada tidaklah senang, kecuali kita sudah ada nama kukuh dalam industri, misalnya macam Dayang Nurfaizah. Itulah kalau nak boom, orang kata kena jadi viral. Akan tetapi untuk kekalkan survival dalam seni tu tak kan nak mengharapkan kuasa viral semata. Ia tak kan kekal lama,” akhiri Andi.

Terdahulu, muzik video single keduanya itu sudah pun ditonton lebih 70,000 kali menerusi YouTube.

IKLAN

Foto: Instagram Andi Bernadee

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI