Penyanyi Shila Amzah, menempelak tanggapan segelintir pihak yang mendakwa dirinya diboikot sesetengah stesen televisyen tempatan.
Kenyataan itu dibuat susulan temu ramah penyanyi tersebut di program Melodi yang mengatakan dia kini sibuk dengan projek nyanyiannya di China.
Individu tersebut turut mendakwa Shila malu untuk mengakui yang dirinya telah diboikot di negaranya sendiri.
Lantaran itu, Shila telah bertindak membalas semula komen individu berkenaan dengan memberi tahu, tiada keperluan baginya untuk melayan individu seperti itu.
https://twitter.com/Shilaamzah/status/1043766431458897920
“Takpe, biar org buat kita. Jangan kita buat org. Org bebal piang ni takyah layan. Jangan jatuhkan level kita ke tahap diorg yang suka menyalak ni,” tulisnya.
Sementara itu, masih terdapat juga segelintir pihak yang tampil mempertahan Shila dengan menyifatan meskipun diboikot di negaranya sendiri, penyanyi tersebut tetap berjaya di dalam karier seninya di luar negara.
biarlaaa kena boikot pon,klau kena boikot x leh berjaya ke haaa
tu nampak tu sapa wakil malaysia festival mid autumm terbesar di dunia ,kisah pulak shila kena boikot,choi pic.twitter.com/SXRR32Lcko— wann rosli (@wanhakim11111) September 23, 2018
Bagi MH, walaupun nama Shila kurang mendapat perhatian daripada media tempatan, penyanyi tersebut boleh dianggap berjaya kerana sudah beberapa kali mengharumkan nama Malaysia diperingkat antarabangsa.
Foto: Twitter
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI