
Penyanyi Nubhan memberikan persembahan mantap menerusi lagu Bintang di saingan minggu ketiga Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) malam tadi, sekaligus menduduki tangga teratas dengan 71.50%.
Sementara itu, Iskandar Ismail pula berada di kedudukan kedua menerusi lagu Bourgenvilla nyanyian kumpulan Spring dengan 71.00%, diikuti Mendua yang meraih 67.00%.
Tiga peserta yang berada di kedudukan terendah pula ialah Datuk Elaine Kang, diikuti Shae dan Shy8.
Bagaimanapun, Shy8 menarik lafas lega apabila tiada penyingkiran diumumkan dengan kesemua 13 peserta mara ke minggu ketiga GV12.
Bertemakan ‘Flagship Songs’, berikut adalah kedudukan penuh dan markah keseluruhan peserta minggu ini:
• Nubhan – 71.50%
• Iskandar Ismail – 71.00%
• Mendua – 67.00%
• Mark Adam – 64.00%
• Korie – 63.00%
• Krisya – 61.75%
• Rahmat Ekamatra – 61.50%
• Mell Sakura – 60.50%
• Freshies – 60.00%
• Ruri Republik – 60.00%
• Datuk Elaine Kang – 57.75%
• Shae – 57.00%
• Shy8 – 54.25%
13 bintang Gegar Vaganza musim ini ialah Nubhan, Mark Adam, Datuk Elaine Kang, Krisya, Korie, Rahmat Ekamatra, Mell Sakura dan Freshies (Ejie dan Shima).
Dari Indonesia, pentas GV12 diserikan dengan kehadiran Shae, Ruri Repvblik serta trio Mendua (Pungky, Sasha & Diana)
yang membawa warna muzik tersendiri.Singapura pula tampil menerusi penyertaan Iskandar Ismail, manakala SHY8 hadir sebagai peserta wildcard musim ini.
Ia pastinya menjanjikan sentuhan seni yang unik serta kejutan segar yang bakal mencetus fenomena baharu dalam GV-Verse.
Penganjuran Gegar Vaganza pada tahun ini masih mengekalkan
Datuk Syafinaz Selamat, Hetty Koes Endang dan Datuk Ramli MS selaku juri.Acara yang berlangsung selama 12 minggu ini dikendalikan oleh dua hos, Nabil Ahmad dan Sherry Alhadad.
GV12 bersiaran secara langsung di MBSA Shah Alam mulai 2 November 2025, setiap Ahad, jam 9 malam, dan dipancarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (saluran 104).
Program ini juga boleh disaksikan melalui strim secara On Demand di Astro GO dan sooka.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini