Categories: Berita Hiburan

Nubhan Ceraikan Isteri, Didakwa Lafaz Ketika Dalam Kereta

Share

Selepas 10 tahun mendirikan rumah tangga, industri hiburan tanah air, hari ini dikejutkan dengan perkhabaran mengenai perceraian melibatkan penyanyi, Nubhan Ahamad dan isterinya, Dr. Afifah Hidayah Ahmad Tawfek.

Memetik laporan Kosmo, Nubhan didakwa bakal ke Mahkamah Rendah Syariah Sepang bagi mengikuti prosiding pengesahan lafaz cerai terhadap isterinya pada Khamis.

Menurut sumber, Nubhan difahamkan telah memfailkan permohonan pengesahan lafaz talak pada September.

“Setakat yang saya dimaklumkan, esok merupakan prosiding bagi pengesahan lafaz talak yang difailkan Nubhan di mahkamah syariah.

“Bila lafaz cerai itu dibuat? Kena tanya kepadanya. Mereka berdua akan hadir bersama peguam masing-masing,” katanya seperti yang dipetik.

Katanya lagi, Nubhan sudah tidak lagi tinggal sebumbung dengan Dr. Afifah selepas melafazkan talak sekitar Ogos lalu.

“Mereka sudah tinggal berasingan. Tiga anak mereka yang kesemuanya masih kecil berada bawah jagaan isterinya,” ujarnya.

Sementara itu, peguam yang mewakili Dr. Afifah iaitu Datuk Akberdin Abdul Kader turut mengesahkan anak guamnya selaku plantif akan hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Sepang seperti dijadualkan bagi prosiding sebutan pertama.

“Saya difahamkan suami kepada anak guam saya melafazkan talak ketika mereka berdua berada di dalam kereta sekitar akhir Ogos tahun ini.

“Cuma saya tak pasti sama ada hakim akan beri keputusan atau mengesahkan perceraian mereka esok kerana biasanya perlu ada siasatan dulu.

“Punca diceraikan, kita tunggu sahaja esok. Sebarang maklum balas membabitkan anak guam saya boleh dijawab selepas prosiding selesai,” katanya seperti yang dipetik.

Terdahulu, Nubhan dan Dr. Afifah juga seorang doktor gigi mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015 selepas hampir setahun bertunang.

Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Aafiya, Ahmad Aaffan dan Afzan Nayille.

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

Sumber & Kredir Foto: Kosmo Online & Instagram Nubhan

Published by
Aizam Manaf