
Pelakon Nora Danish tampil memberi respons apabila ditanya mengenai dakwaan yang mengaitkan dia ialah individu yang dimaksudkan oleh bekas suaminya, Nedim Nazri, menerusi beberapa ciapan yang tular menerusi platform Threads baru-baru ini.
Menurut Nora, 43, hubungannya dengan Nedim adalah baik dan dia memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai kenyataan yang berkaitan.
“Sebenarnya dari segi bab itu saya tak nak komen apa-apa, sebab saya memilih untuk tidak lagi bersama beliau,” katanya.
Nora, yang kini muncul dengan telefilem terbaharu berjudul Saling Tak Terlihat, turut menambah, dia sangat menghormati Nedim walaupun mereka sudah tidak lagi bersama sebagai suami isteri.
“Jadi saya menghormati hak dan privasi dia dan sebagainya.
“Untuk saya, memang tak nak komen apa-apa sebab (apa yang dikongsinya), tak ada kena-mengena dengan saya,” katanya lagi.
Nora turut menyatakan dia tidak mengikuti ciapan tersebut kerana sedang sibuk menguruskan restorannya.
“Tak juga (baca Threads) sebab sibuk dengan perniagaan restoran saya dan tidak ‘aware’ langsung. Saya tak rasa itu ditujukan kepada saya mempunyai hubungan yang okay dengan dia.
“Saya mengharapkan hubungan yang baik bagi semua pihak dari awal lagi. Saya memang menitik beratkan perkara ini agar anak saya dapat membesar dengan sihat,” jelasnya.
Sebelum ini, Nedim mencetuskan tanda tanya netizen apabila memuat naik perkongsian di media sosial yang meluahkan rasa tidak puas hati terhadap individu yang didakwa mengenepikan anaknya.
Dalam ciapan tersebut, Nedim turut mengeluarkan kenyataan tegas mengenai perlindungan terhadap anaknya.
Nedim juga mengingatkan orang ramai supaya tidak mengagumi seseorang secara melampau dan memberi amaran agar tidak ‘mengusik’ hal berkaitan keluarganya.
Walau pun tidak menyebut nama, ada segelintir warganet didakwa memetik nama Nora, sekaligus mencetuskan spekulasi ramai.
Sementara itu, dalam perkembangan lain, Nora bakal muncul dengan drama terbaharunya, Saling Tak Terlihat yang akan ditayangkan mulai 6 November ini di platform penstriman UTV.
Selain Nora, drama arahan Izuan Mokhtar itu turut menampilkan barisan pelakon hebat lain seperti Datuk Remy Ishak, Fattah Amin, Alicia Amin, Raja Azmi, Datin Seri Umie Aida dan Aleza Shadan.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.