Categories: Berita Hiburan

Nombor Plat Kereta ‘SIS5795’ Antara Hantaran Kahwin, Sissy Imann Sah Bergelar Isteri Dr. Zamir Hilman

Share

Penyanyi dan hos, Sissy Imann selamat diijabkabulkan dengan pilihan hatinya, Dr. Zamir Hilman Dr. Hamzah dalam sebuah majlis akad nikah yang sederhana namun sarat makna.

Majlis berlangsung pada jam 9.00 pagi di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

Majlis dimulakan dengan acara pertunangan yang menyaksikan satu dulang hantaran daripada pihak lelaki dibalas tiga dulang daripada pihak perempuan.

Sissy turut menerima tiga bentuk cincin berlian sebagai tanda pengikat pertunangan dan Sissy dinikahkan sendiri oleh bapanya, Mohammad Kamil Mustaffa, disaksikan ahli keluarga terdekat serta rakan-rakan rapat.

Sebagai mas kahwin, Sissy menerima seutas gelang emas bernilai RM6,840.

Pertukaran hantaran turut berlangsung mengikut adat, dengan tiga dulang daripada pihak Sissy dibalas lima dulang daripada pihak lelaki.

Antara hantaran paling mencuri perhatian ialah nombor plat khas kereta “SIS5795”, gabungan simbolik nama Sissy dan tahun kelahirannya, 1995 namun, jenis kenderaan yang bakal menggunakan nombor plat itu masih dirahsiakan.

Selain itu, hadiah percutian bulan madu ke Rome, Italy turut diberikan sebagai simbol bermulanya perjalanan bahagia mereka.

Jumlah wang hantaran tidak didedahkan atas permintaan keluarga. Pasangan ini menzahirkan rasa syukur atas kelancaran majlis dan memohon doa agar perkahwinan mereka kekal harmoni serta diberkati hingga ke syurga.

Kisah Pertemuan & Latar Belakang Sissy Imann

Kisah cinta pasangan ini bermula secara tidak dijangka apabila Dr. Zamir, yang ketika itu tidak mengetahui Sissy ialah seorang selebriti, merawat penyanyi itu pada awal tahun 2025.

Suami juga jarang menonton televisyen dan tidak mengikuti perkembangan dunia hiburan.

Hubungan yang pada mulanya sekadar antara doktor dan pesakit perlahan-lahan berkembang menjadi persahabatan sebelum akhirnya membawa mereka ke alam perkahwinan.

Sissy sebelum ini mengesahkan bakal menamatkan zaman bujang dalam satu sesi bertemu media bersempena pelancaran single terbaharunya, Dengan Kamu, pada 1 Disember 2025 lalu.

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

Published by
MH