Categories: Hiburan

Nicole Kidman Berpisah Dengan Keith Urban Selepas 19 Tahun Berkahwin

Share

Pasangan selebriti terkenal Hollywood, Nicole Kidman dan Keith Urban dilaporkan telah berpisah selepas hampir dua dekad membina rumah tangga bersama.

Menurut laporan media antarabangsa, pelakon berusia 58 tahun itu dan suaminya yang juga penyanyi country popular, Keith, 57, telah mula hidup berasingan sejak awal musim panas lalu.

Nicole dan Keith mendirikan rumah tangga pada Jun 2006 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan, Sunday Rose, 17, dan Faith Margaret, 14.

Selain itu, Nicole juga mempunyai dua anak angkat daripada perkahwinan terdahulunya bersama aktor Tom Cruise iaitu Isabella, 32, dan Connor, 30.

Sumber terdekat memberitahu, Nicole sebenarnya berusaha keras untuk menyelamatkan rumah tangga mereka namun akhirnya terpaksa akur apabila keadaan tidak lagi mampu dipertahankan.

“Nicole tidak mahukan perpisahan ini, dia cuba untuk mempertahankan perkahwinan mereka. Namun, jarak dan kesibukan jadual kerja masing-masing memberi tekanan besar kepada hubungan tersebut,” kata sumber itu seperti dipetik People

.

Sehingga kini, tiada sebarang pengesahan rasmi mengenai proses perceraian sudah difailkan oleh kedua-dua pihak.

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

Published by
MFA