Selamat diijabkabulkan bersama lelaki pilihan hati pada 18 Januari lalu, bintang versatil Elly Mazlein sekali lagi membuatkan para peminatnya teruja apabila berkongsi foto keluarga besarnya di belah pihak suami.
Menerusi Instagram, pelakon utama Kampung People itu gembira dan bersyukur kerana dirinya kini mempunyai famili besar.
Terdahulu, Elly turut berkongsi beberapa fotonya saat diraikan pada majlis sambut menantu di kampung halaman suaminya, Mohamad Azlan Che Nuh di Kuala Krai, Kelantan.
Menerusi laman web NBC, dilaporkan bapa kepada pelakon Dwayne Johnson atau The Rock, Rocky Johnson atau Wayde Bowles meninggal dunia.
Mendiang menghembuskan nafas terakhir pada usia 75 tahun.
Bagaimanapun tiada perincian mengenai punca kematian dinyatakan.
Rocky Johnson merupakan ahli gusti profesional dan mula aktif pada tahun 1960-an.
Mendiang kemudian mengambil keputusan untuk bersara daripada sukan gusti hiburan, WWE pada tahun 1991 dan mula melatih anaknya untuk menjadi ahli gusti profesional.
Sumber : NBC
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon yang juga kakak kepada Ruhainies, Nur Risteena menerusi Instagram yang dikemas kini ada berkongsi sepotong video ‘sweet’ yang merakamkan momen bersama tunang tersayang, Isa Khan.
Kongsinya, ia merupakan kenangan bersama ketika si tunang sedang berusaha untuk membuat kejutan bersempena majlis tunang mereka.
Risteena turut mendedahkan, gara-gara tidak mempunyai tidur yang cukup untuk menyempurnakan kejutan tersebut, Isa sampai terlelap ketika penerbangan pulang ke tanah air.
“Throwback semasa @theisakhan bertungkus lumus menjayakan surprise pertunangan kami di Bali. Masa tu dia langsung tak cukup tidur. Dia betul-betul bersungguh plan everything disana.
“Yes, he made it! Tapi dalam perjalanan balik ke Malaysia, terus gone dalam flight. Kesiannya dia. Heheh! Keluar air liur weyyyy.
“Kisah hidup saya dah macam Fairytale, kadang2 rasa macam Romeo & Juliet, kadang2 rasa macam Princess. Haih.. Terima kasih Cinta, kerana menjadikan impian saya satu kenyataan. Ye cinta kita luar biasa.
“Awak selalu bahagiakan saya. Semoga kita akan terus macam ni sampai bila-bila. Rasa macam nak ulang lagi setiap detik yang kita lalui sama-sama sekali lagi. I love you, Isa Khan,” tulisnya lagi.
Serentak dengan itu, para peminat turut memberikan komen pelbagai dan rata-ratanya turut mendoakan agar pasangan sama cantik sama padan ini cepat-cepat ke jenjang pelamin.
“Selamat Hari Ulang tahun kepada isteriku @mona.allen, supaya 2020 Allah memberi u kesihatan yang baik, rezki yg melimpah ruah, dan segala perancangan kita di permudahkan & di berkati oleh Nya.
”Merendah diri, bersedekah, dan sentiasa ingat rezki itu datang dari Allah. Sebagai anak seni, berkaryalah, dan sentiasa sedar ruang & terus belajar utk memperbaiki diri.
”InsyaAllah akan di kenang sampai bila-bila. Amin, love u,” tulis Pekin sambil disambut dengan ucapan doa serta dedikasi dari peminat.
Terharu atas titipan kata yang diberikan, Mona dilihat turut memberikan respon.
Terdahulu, Pekin dan Mona mendirikan rumah tangga pada 7 Disember 2018 dan pasangan ini masih belum dikurniakan rezeki cahaya mata.
Foto: Instagram Pekin Ibrahim
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selebriti dan usahawan, Neelofa menyangkal dakwaan penglibatannya bersama suami, PU Riz dalam program realiti terbaharu, Mualim Muda bakal menjadi tumpuan utama berbanding para peserta yang bertanding.