Dalam dunia teknologi sekarang ni, kita kini sudah terbiasa dengan video-video atau gambar-gambar viral. Lagi mudah tersebar kan?

Lihat sahajalah awal minggu ini sahaja kita digempar dengan dengan video dan IG Live individu yang mengejutkan Malaysia. Bukti di depan mata, memang sukar untuk disorokkan.

Mungkin disebabkan itu, pelakon, Elfira Loy memohon supaya memberitahu dirinya sekiranya ada pihak yang menemu ramah dirinya ada melakukan ‘recording’ video.

“Hmmmm. I wasn’t aware that my interview was recorded. And I hate seeing myself yang sangat laidback dan sembang macam kawan-kawan on screen.

“I know you’re reading this, next time please inform if you’re recording it thank you. Or no more . ( ihateseeingmyselfonmytimeline) . Kbaiz,” tulisnya di laman Twitter miliknya.

IKLAN

Alamak, pada MH sebagai seorang selebriti, Elfira seharusnya lebih terbuka dengan perkara tersebut. Sebab kalau pun bukan wartawan yang jumpa, mesti ada peminat-peminat yang akan berbuat demikian juga kan?

‘Next Time Please Inform Me When You’re Recording’- Elfira Loy

IKLAN

Susulan itu, berkata kepada Astro Gempak, Elfira menerangkan bahawa dia membuat teguran tersebut kerana ‘perbualannya’ bersama rakan media dirakam tanpa pengetahuannya.

IKLAN

“Saya tak marah pun cuma terkejut apabila perbualan saya sedang bersembang dirakam. Berbeza apabila kita bercakap depan kamera atau untuk kenyataan bertulis, penyampaian tak sama. Muka pun tak bersedia.

“Mungkin jika diberitahu kenyataan saya akan dirakamkan menerusi kamera, saya akan gunakan cara percakapan lebih sesuai,” katanya.

Setelah diterangkan barulah MH faham, Elfira mungkin ingin berhati-hati supaya tidak terlepas laku. Bila berbual dengan kawan-kawan, aksi sedikit berbeza kan?

Apa-apapun, MH harap bahawa isu ini tidaklah diperbesarkan, bak kata orang…benda boleh bincang kan?

sumber: Astro Gempak

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI