Alahai sweetnya! Itulah perkataan yang terpacul keluar daripada mulut MH ketika melihat salah satu gambar yang dimuat naik oleh pelakon dan pengacara popular, Fikry Ibrahim di akaun Instagramnya.

Menerusi perkongsiannya berhubung drama Rahsia Hati Perempuan, Fikry berkongsi gambar barisan pelakon utama drama ini iaitu Mira Filzah, Uqasha Senrose, Hisyam Hamid serta dirinya sendiri.

Apa yang menarik perhatian MH adalah apabila melihat rambut Uqasha sudah diedit oleh Fikry bagi menutup auratnya.

Haa sweet kan?

A post shared by Ahmad Fikry (@fikryibrahim) on

IKLAN

Malah bukan MH sahaja merasakan tindakan Fikry menutup rambut Uqasha itu sesuatu yang agak sweet tetapi para netizen juga turut merasakan perkara yang sama dan memuji tindakan artis kesayangan mereka ini.

truecapture_official: Bagus sensor rmbut uqasha.. Sbb aurat2 org yg kita sebar tu masuk saham kita sekali dosanya

mardzriyana: Xsia2 ada anak murid mcm hang fikryibrahim oii,jg aurat anak dara org no,baguih2

IKLAN

nrl.syafiqahhhhh: Awhh comelnyaaaaaa

sitinoorhaslizaaa: I love @fikryibrahim ciri2 suami mithali

Walau bagaimanapun menerusi pemerhatian MH, sebelum ini Fikry juga pernah menutup rambut Janna Nick pada poster telemovie bejudul Enam yang dikongsinya.

IKLAN

A post shared by Ahmad Fikry (@fikryibrahim) on

Malah MH juga dapati, tiada satu pun gambar wanita tidak bertudung yang dikongsi oleh Fikry.

Wah pasti ramai gadis-gadis di luar sana yang terpikat dengan sikap Fikry ini kan? Apapun sikap pelakon popular ini harus dicontohi oleh semua di luar sana.

Sumber: Instagram Fikry Ibrahim

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI