Tidak dinafikan, sejak melahorkan cahaya mata sulungnya, Siti Aafiyah Khalid lebih tiga bulan lalu, penampilan penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza memang tampak lebih ramping berbanding sebelum ini.

Malah perubahan fizikalnya itu turut diakui si empunya badan apabila berjaya menurunkan berat badan lebih 15 kilogram, selepas melahirkan puteri sulung.

Terkini, penyanyi lagu Segala Perasaan itu ada memuat naik beberapa keping foto saat menghadiri rumah terbuka kakak iparnya, dengan penampilan serba hitam yang begitu anggun.

IKLAN

“Selepas menonton Show tadi,saya bergegas ke Open house Kakak Ipar Datin @zaitonmj.

 

“Jacket yang saya gayakan adalah jacket kesayangan saya.. pernah saya pakai waktu pembukaan butik LV pada tahun 2007,” tulis penyanyi berkenaan.

Rata-rata memuji penampilan Siti yang tampak cukup cantik dan langsing pada malam itu. Malah, ada juga peminat yang senang dengan penataan tudung penghibur popular itu.

Netizen Puji DS Siti Nurhaliza Tampak Lebih Kurus, Sarung Kembali Jaket Kesayangan 11 Tahun Lalu!

IKLAN

Netizen Puji DS Siti Nurhaliza Tampak Lebih Kurus, Sarung Kembali Jaket Kesayangan 11 Tahun Lalu!

IKLAN

Foto: Instagram Siti Nurhaliza

https://www.instagram.com/p/BkslA7ThYZ4/?hl=en&taken-by=ctdk

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI