Alahai, apa kes ni? Tiba-tiba je, Chef Selebriti, Datuk Fazley Yaakob memuat naik status marah-marah di media sosial miliknya?

Setelah diselidik, rupa-rupanya beliau tidak berpuas hati apabila ada netizen mempertikaikan mengapa dia menggunakan gelaran ‘adik sayang’ kepada isterinya.

“Baca je lah ok, ditujukan buat mereka yang rajin dan excited nak post comment, tapi malas nak berfikir,” tulisnya di Instagram.

IKLAN

Dalam pada itu, Fazley sempat juga memberikan penerangan panjang lebar mengapa dia memanggil gelaran tersebut terhadap isterinya.

“Wow ramainya berasa pelik kenapa saya panggil isteri saya ‘Adik Sayang’. Macam ni ceritanya, Isteri saya anak bongsu, so semua ahli keluarga dia panggil dia ‘Adik’.

“Lepas tu masa saya jumpa dia di Albert Hall #London (Semasa menguruskan concert Datuk Siti Nurhaliza) it was love at first sight.

“Saya ingat dia baru berumur 18 tahun, saya pun naturally panggil dia ‘Adik’ dan dia panggil saya ‘Abang’, sebab kami berdua agak traditional dari segi panggilan ni.

“Nak dijadikan cerita, arwah Bapak saya panggil ibu saya @rsd.umi sebagai ‘Dik Mi’, so bila saya dah makin rapat dengan Azrene, panggilan manja kami terus menjadi ‘Adik Sayang’ dan ‘Abang Sayang’.

“Dan panggilan ni lekat walau pun kami dah ada 4 orang anak dan 13 tahun bercinta, dah jangan gaduh2 sebab nak mencari sebab kenapa saya panggil @azrene_ahmad ‘Adik’ ok #Kelakarlakorangni #Bendanipunnakmembawang #Cubatrymintaksuamiataubfpanggiladikpulak,” tulisnya.

Wow ramainya berasa pelik kenapa saya panggil isteri saya “Adik Sayang” ?. Macam ni ceritanya, Isteri saya anak bongsu, so semua ahli keluarga dia panggil dia “Adik”, lepas tu masa saya jumpa dia di Albert Hall #London (Semasa menguruskan concert Datuk Siti Nurhaliza) it was love at first sight. Saya ingat dia baru berumur 18 tahun, saya pun naturally panggil dia “Adik” dan dia panggil saya “Abang”, sebab kami berdua agak traditional dari segi panggilan ni. Nak dijadikan cerita, arwah Bapak saya panggil ibu saya @rsd.umi sebagai “Dik Mi”, so bila saya dah makin rapat dengan Azrene, panggilan manja kami terus menjadi “Adik Sayang” dan “Abang Sayang”, dan panggilan ni lekat walau pun kami dah ada 4 orang anak dan 13 tahun bercinta ?, dah jangan gaduh2 sebab nak mencari sebab kenapa saya panggil @azrene_ahmad “Adik” ok? ? #Kelakarlakorangni #Bendanipunnakmembawang #Cubatrymintaksuamiataubfpanggiladikpulak

A post shared by Dato’ Fazley Yaakob (@fazleyyaakob) on

IKLAN

Adoy, korang ni pun. Nama panggilan pun boleh jadi isu. Semoga dengan penjelasan ini, dapatlah menutup mulut-mulut orang bercakap tu.

IKLAN

Tapi, apa-apapun, MH suka sangat ‘statement’ cinta pandang pertama Fazley tu. Bersemut sangat!

sumber: IG Datuk Fazley

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI