“InsyaAllah kalau nak diikutkan, saya memang sudah bersedia ke arah itu,” demikian kata pelakon, Nelydia apabila ditanya mengenai fasa hubungannya bersama kekasih, Hafiz yang dikhabarkan akan mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.

Bagaimanapun, pelakon yang juga adik kepada aktres, Uqasha Senrose mengakui keputusannya untuk mendirikan rumah tangga bukanlah di dalam tempoh terdekat, sebagaimana disepkulasi ramai.

Katanya lagi kepada MH, sebarang kenyataan rasmi mengenai hal tersebut akan dilakukannya menerusi satu sidang media yang akan diadakan khas.

IKLAN

“Memang sudah bersedia. Cuma nanti kami rancang untuk buat sidang media untuk umumkan mengenai hal tersebut. Bukanlah di dalam tempoh terdekat memandangkan soal kahwin bukanlah suatu perkara yang boleh dipandang sebelah mata. Saya hanya akan umum apabila semuanya sudahpun pasti,” kongsinya jujur.

Sementara itu, Nely juga menafikan dia tidak mahu berkongsi soal perkahwinan kerana baginya, sesuatu yang baik tidak perlu untuk disorok.

“Saya tak naklah soroh perkara yang baik, malah sebelum ini pun saya ada berjanji kepada rakan media untuk beritahu hari bersejarah itu apabila tiba masanya. Cuma itulah, bukanlah dalam masa terdekat. Tapi betul, perjalanan untuk ke arah itu memanglah ada.

 

“Apa pun, saya kena langsaikan terlebih dahulu penggambaran drama 100 episod, Cinta Tiada Ganti yang masih lagi ada baki penggambaran,”ujarnya lagi.

Bercakap mengenai drama yang diadaptasi daripada drama rantaian popular Filipina, Sanay Wala Nang Wakas itu, Nely yang beraksi di samping Aedy Ashraf mengakui bukan suatu tugas mudah untuk menjayakan watak, apatah lagi ia menuntut komitmen yang tinggi, selain pasti akan dibanding-bandingkan dengan nakshah asasl.

“Demi drama ini, saya memang tidak ambil projek lain, bimbang andai fokus itu lari. Soal akan dibandingkan itu, rasanya peminat di negara ini boleh sedia faham yang kita perlu ikut cara dan budaya kita juga,” terang Nely ketika ditemui di majlis rumah terbukanya di Mont Kiara, pada Rabu. 

 

Foto: Instagram Nelydia Senrose