Selebriti popular, Noor Neelofa baru-baru ini berkongsi persalinan anak sulungnya, Muhammad Bilal buat tatapan para peminat.
Memuat naik beberapa video pendek menerusi Insta Stories, isteri Haris Ismail atau PU Riz ini menunjukkan beberapa kelengkapan penting Bilal antaranya pakaian, selimut dan topi.
Malah menurut Neelofa, dia obses untuk melihat permata hati permatanya itu mengenakan topi.
“Ini rahsia Muhammad Bilal. Topi dia punyalah banyak dan macam-macam warna mak dia beli. Sebab mak dia obses bila dia (Bilal) pakai topi ya,” selorohnya.
Ads
Menerusi perkongsian seterusnya, bekas hos MeleTOP ini sudah mengasingkan pakaian yang sudah tidak muat dipakai Bilal.
“Baju yang tak muat… nak simpan elok-elok dalam kotak. Supaya boleh pakai balik nanti for the next baby, insyaAllah,” katanya lagi.
Ads
Untuk rekod, Neelofa dan PU Riz berkahwin pada Mac tahun lalu dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Muhammad Bilal pada 29 Januari 2022.
Ads
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas menerbitkan filem Seandainya Kau Ada, syarikat penerbitan juga penerbit drama Ayahanda, Zeel Production merancang untuk membawa karya kisah benar nukilan Allahyarham Azizi Abdullah itu ke layar perak.
Kata penerbitnya, Fadzil Teh, usaha untuk merealisasikan projek terbabit didorong sambutan baik ketika drama berkenaan disiarkan menerusi slot Lestary TV3 tahun lalu.
“Kita baru nak ‘pitching’ usaha mengangkat drama itu ke pentas filem. Insya-Allah kalau semua dipermudahkan, kita mahu kekalkan pelakon sedia ada.
“Berkemungkinan versi filem ini masih mengambil sentuhan novel dan kita ubah mengikut keperluan semasa,” katanya.
Fadzil menambah, sekalipun membawa tema berat, ia meraih maklum balas positif penonton yang sekali gus berjaya menjentik emosi ramai.
“Di bawah arahan Datuk Ahmad Tamimi Siregar dengan skrip dihasilkan Maizura Mohd Ederis dan Wan Mahani Wan Hassan, drama itu berjaya memaku penonton TV3.
“Episod akhir drama ini yang disiarkan 31 Julai lalu, ditonton empat juta orang, mengikut sumber Nielsen,” katanya.
Dalam pada itu, sebagai permulaan, drama itu akan dihasilkan dalam format telefilem istimewa raya terlebih dahulu bagi siaran Syawal kelimadi TV3 jam 9 malam.
“Format telefilem ini kita hasilkan selama dua jam. Lokasi bagaimanapun hanya akan dibuat dibuat di Selangor kerana kekangan masa dan masalah tarikh bercanggah membabitkan artis.
“Jadi tak dapat lakukan penggambaran di lokasi seperti drama ini iaitu di Perlis. Insya-Allah penggambaran akan bermula 17 April ini.
“Kita akan mengekalkan pelakon asal seperti Fauziah Ahmad Daud (Ogy), Jalil Hamid, Noorkhiriah, Fikry Ibrahim, Hairi Safwan, Shah Jaszle, Rita Nadira dan ramai lagi.
“Akan ada juga penampilan istimewa pelakon wanita yang akan menjadi watak menantu kepada Hajah Noriah yang dilakonkan Ogy,” katanya.
Dalam pada itu, Fadzil juga bersyukur kerana drama berkenaan turut disenaraikan dalam pencalonan awal bagi empat kategori di Anugerah Telenovela 2022.
“Drama ini bersaing dalam pencalonan awal kategori Telenovela Popular dan Novel Popular. Malah Ogy dan Jalil juga berentap dalam kategori pelakon dan gandingan serasi,” katanya.
Dalam perkembangan lain, produksinya juga sedang mencari bakat pelakon wanita baharu untuk membintangi drama muzikal terbaru yang akan disiarkan di TV3 kelak.
“Pencarian bakat wanita ini terbuka kepada semua bangsa, agama, saiz dan warna kulit. Bonus jika mereka boleh menari, menyanyi, bermain alat muzik dan aktif di media sosial.
“Syarat yang ditetapkan dari 18 hingga 26 tahun. Mereka juga tak perlu satu juta pengikut di media sosial kerana kita utamakan bakat baharu. Bakat ini tentunya tak ada pengikut ramai,” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Didakwa berkongsi video sambil memaparkan duit berkepok menerusi perkongsian di media sosial, pelakon dan influencer, Aisar Khaled kini sedang ‘diintai’ pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Menerusi video terbaharunya, Aisar ada memuat naik video menunjukkan tips menyimpan duit serta cara untuk menjadi jutawan.
Menerusi video sama, pemuda berusia 22 tahun itu berkongsikan caranya membahagikan duit pada setiap bulan untuk dibelanjakan mengikut kategori seperti bil rumah, belanja barang dapur, maintanance kereta dan aktiviti membeli-belah.
Dalam banyak-banyak komen yang ditinggalkan, komen daripada pihak LHDN telah menarik minat netizen.
Selain video tersebut, netizen turut sangsi dengan perkongsian Aisar sebelum ini yang mendedahkan dia kini memiliki kediaman sendiri yang terletak di tengah-tengah pusat bandar Kuala Lumpur.
Selain isu menayang duit, nama Aisar sebelum ini juga pernah hangat gara-gara pembaziran gel penyejuk badan yang direndam sehingga kembang.
Malah videonya menziarahi kubur penyanyi Allahyarham Siti Sarah yang digunakan sebagai modal konten untuk saluran YouTube miliknya turut diperkatakan sebelum ini.
Aisar bagaimanapun memohon maaf atas khilaf yang telah berlaku.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Aisar Khaled
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Antara yang paling dinanti ketika kedatangan bulan Ramadan pastinya kemeriahan bazar yang menyajikan pelbagai juadah menarik untuk berbuka puasa.
Golongan selebriti juga dilihat tidak mahu ketinggalan sama merasai kemeriahan tersebut selepas dua tahun bazar Ramadan tidak dibenarkan beroperasi demi mengekang penularan wabak Covid-19.
Namun, lain jadinya buat pengarah Michael Ang yang mana dia ‘berikrar’ tidak mahu menjejakkan kaki ke mana Bazar Ramadan selepas ini gara-gara terbeli kuih basi.
“Semalam beli kuah melaka yang sekeras-keras batu kat pasar ramadan aku senyap lagi, hari ini kuih koci yang lembik macam entah apa inti pun macam rasa masam-masam sikit macam dah nak basi!
“Semua nak cari rezeki lebih untuk raya tapi kita yang beli ini pun guna duit dari hasil kerja kita juga!
“Tak baik berniaga macam ni ya. Kalau nak berniaga tu buat la betul-betul sikit. Tiada lagi pasar Ramadan untuk tahun ni!” tulisnya di laman Instagram.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan Michael malah mereka turut berkongsi pernah berhadapan dengan pengalaman sama seperti dialami selebriti berusia 47 tahun itu.
“Niaga untuk duit bukan niaga niat ikhlas. Dah banyak kali kena. Sometimes terfikir. Dia orang tak rasa dulu ke? Tak risau ke orang beli menyumpah.
“Betul, sejak 2018 saya dah berhenti bazar ramadan… sebab makanan basi, tak sedap dan tiada rasa.
“Saya pun terkena hari ini dimsum liat dan tak rasa apa dah macam kunyah chewing gum,” tulis netizen.
Tahun ini, Bazar Ramadan dibenarkan beroperasi mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) selepas dua tahun ‘direhatkan’.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini. Klik di sini.
Foto: Instagram Michael Ang
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kemeriahan Aidilfitri tahun ini semakin terasa apabila ramai penyanyi tempatan tampil melancarkan lagu raya dengan genre dan gaya tersendiri.
Terbaharu, penyanyi Izzue Islam dan Dehaniff...