Terdahulu, pelakon tampan Nazim Othman atau nama sebenarnya Nushrul Alif Othman pernah melalui kisah hitam dalam hidupnya suatu ketika dahulu.
Pelakon berusia 34 tahun ini pernah berdepan ujian, alami ketumbuhan pada otak dan menjalani pembedahan sekitar 2015.
Difahamkan, ketumbuhan tersebut terletak di antara bahagian mata kanan dan di aras hidung kanannya.
Baru-baru ini, Nazim ada memuat naik sekeping foto di laman media sosial Instagram miliknya.
Ads
Menerusi foto tersebut, pelakon yang terkenal dengan drama bersiri Monalisa itu telah mengimbau kembali kenangan saat dia selamat menjalani pembedahan tersebut.
Menerusi laman Facebook Story Angkatan Tentera Malaysia, anak kepada pelakon veteran, AR Badul meninggal dunia semasa melakukan demonstrasi akibat terkena tembakan raifal.
Mejar Mohd. Zahir Armaya,36, dipercayai meninggal dunia akibat tertembak semasa latihan di Sabah , pukul 9.20 pagi.
“Mej zahir (anak badul) meninggal semasa buat demo kt sabah pagi ni.. sama2 kite sedekahkan Al-Fatihah kpd sesiapa yg mengenali arwah… Bju kalis peluru tembus ms buat face to face..
“Utk mklmt Peg 11 Rgk, Mej Zahir b Armaya baru shj mnghembuskn nafas di Hospital Queen Elezbeth Kota Kinabalu pd 0920 pg td sempena Paluan Berundur Mk Bgd ke 5 Infantri di Kem Lok Kawi. Mohon semua unit di bwh naungan 21 GGK menurunkan bendera GGK separuh tiang. Sama2 kita doakn semoga arwah ditempatkn di dlm golongan yg beriman,” kongsi laman Facebook tersebut.
*Laporan Pegawai Terlibat Dengan Kemalangan Dalam Latihan*1. No, Pkt, Nama : Mejar Mohd Zahir bin Armaya (3009490)2….
Penyanyi muda yang kini muncul menerusi single terbaru berjudul Kembali, Isma Sane mengakui agak berdebar dalam menantikan reaksi peminat terhadap lagu berkenaan, apatah lagi apabila single sulungnya, Derita memberi impak positif.
Bagaimanapun kata Isma kepada MH, dia percaya kepada rezeki dan apa sahaja respon yang diterima dari peminat adalah suatu kritikan terbaik dalam perkembangan seninya
“Memang takut apabila bercakap mengenai harapan untuk lagu baru memandangkan Derita sudah berada di tempat yang baik di hati peminat. Apa pun saya percaya rezeki.
“Kalau kembali dapat ikut rentak Derita saya boleh cakap ‘Alhamdulillah’. Kalau sebaliknya pun, saya syukur dengan apa adanya.
“Kembali adalah kesinambungan bagi single Derita dan menerusi Kembali, ia secara dasarnya menceritakan mengenai si isteri yang ingin kembali ke pangkuan suami.
“Jujurnya selepas Derita, saya mulai tulis lirik untuk lagu tersebut,” kata penyanyi berusia 21 tahun itu panjang lebar.
Mengikuti pengajian di Politeknik Sultan Idris Shah dalam jurusan Kejuruteraan Elektronik, Isma juga turut merancang untuk memberi lebih tumpuan dalam kerjaya nyanyian.
“Saya baru sahaja tamat belajar. Bagaimanapun setakat ini fokus saya kepada bidang nyanyian terlebih dulu.
“Cuma ada terfikir untuk sambung belajar dan sekarang saya sedang tunggu waktu untuk graduasi Mac depan,” jelas Isma yang menyifatkan ibunya dalam sumber inspirasi terbesar di dalam apa sahaja perkara yang dilakukan.
“Saya memang punya hubungan rapat dengan Mak. Apa sahaja saya kongsi bersamanya. Saya hanya ada dia, bapa telah pun meninggal lebih 10 tahun lalu ketika saya berusia 10 tahun.
“Saya anak bongsu dari sembilan beradik dan dari kecil tidak pernah terpisah dengan Mak. Susah senang memang bersama.
“Cuma ketika ini saya sudah tinggal berasingan dengannya sejak beberapa bulan lalu demi kerjaya bersama kakak dan abang. Mujur ada ketikanya, Mak ada melawat kami, jadi kerinduan itu terubat.
“Bila jadi artis, saya tidak menafikan kehidupan mulai berubah. Meski tidak banyak, namun sekurang-kurangnya saya sudah mampu untuk bantu keluarga juga,” jelasnya optimis.
Dalam perkembangan lain, muzik video Kembali yang telah pun dilancarkan menerusi YouTube sejak 30 Ogos lalu sudah pun ditonton hampir 400,000 kali.
Bernaung di bawah label Begood Music, single sulung Isma mencipta sukses, dengan mendapat tontonan lebih 20 juta kali di platform sama.
Isma terdahulu ditemui media pada majlis pelancaran muzik video single terbarunya itu di Pak John Steamboat, IOI City Mall, Putrajaya baru-baru ini.
Foto: Instagram Isma Sane
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Mell Sakura mengakui hatinya tersentak apabila kemunculan semulanya di Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) disifatkan oleh segelintir pihak sebagai sesuatu yang menjijikkan.