Nampaknya berita kematian penyanyi K-Pop, Jonghyun iaitu vokalis utama kumpulan SHINee begitu meninggalkan kesan kepada seluruh peminat K-Pop tidak kira di Korea Selatan sendiri mahupun di seluruh dunia.

Walaupun sudah beberapa hari Jonghyun meninggalkan semua peminatnya buat selama-lamanya namun kesedihan masih dapat dirasai.

Seperti yang kita tahu, Joghyun mengalami masalah depresi yang extreme sehingga mengambil keputusan untuk membunuh diri.

Kes kematian Jonghyun ini mendapat perhatian daripada netizen dan nampaknya ramai juga yang memberikan info untuk mengawal depresi.

IKLAN

Salah seorang yang berkongsi pengalaman melalui depresi adalah pelakon popular, Nazim Othman.

Perkongsiannya menerusi Instagram ini menjelaskan pernah suatu ketika semasa di zaman remajanya dia pernah mengalami depresi namun berjaya melawan masalah itu malah dia turut bersyukur kerana bebas dari kemurungan.

IKLAN

Nazim Othman Kongsi Pengalaman Pernah Alami Depresi

IKLAN

“Aku masih ingat kenangan keluar masuk bilik kaunseling sekolah antara umur 13 – 15. I was too young to fight depression on my own. Things happened. But I can’t afford to share in details.

 

“The point is, I was once there, battling with depression which tried so hard to convince my younger self to believe of how helpless , how worthless my life was. It’s sad and I admit, most people who fight depression will, at some point think of ending their lives.

 

“Nevertheless , I’m thankful because I won over it. I survived depression. It’s not a death sentence. If U feel too weak emotionally and spiritually, seek help from the right people,” jelasnya.

Rentetan daripada perkongsian Nazim ini, rata-rata pengikutnya juga turut berkongsi masalah depresi yang pernah dan sedang dilalui oleh mereka.

Apapun bagi MH jika kita merasakan diri kita sedang murung dan tidak punya sesiapa untuk meluahkan rasa hati yang terpendam, jangan dilupa yang ALLAH SWT sentiasa ada bersama kita dan sentiasa mendengar. Luahkan segala masalah padanya kerana Dia sebaik-baik pendengar.

Sumber: Instagram Nazim Othman

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI