Pelakon Hanez Suraya menegaskan dirinya tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan lebih-lebih lagi masalah mental seperti yang digembar-gemburkan segelintir pihak.

Menerusi Insta story, Hanez telah meluahkan rasa kesalnya terhadap sebuah akhbar tempatan yang dikatakan telah memanipulasikan kenyataannya berhubung masalah ‘anxiety attack’.

“Nanti Orang Ingat Saya Gila,”- Didakwa Hidap Masalah Mental, Ini Penjelasan Sebenar Hanez Suraya

“Kenapa statement macam ni? Saya cuma berkongsi anxiety attack saya. Tapi saya tak lah sampai derita kesihatan mental saya,” tulisnya

Tambah Hanez, dia hanya berkongsi rasa bimbang yang dialami sahaja dan tiada kena mengena langsung mengenai kesihatan mentalnya.

IKLAN

“Nanti Orang Ingat Saya Gila,”- Didakwa Hidap Masalah Mental, Ini Penjelasan Sebenar Hanez Suraya

“Salah faham ni. Anxiety dan sakit mental lain maksudnya. Jangan buat orang salah faham. Nanti orang ingat saya gila,”

Hanez turut menjelaskan ‘anxiety attack’ dan sakit mental adalah dua perkara berbeza dan jangan disebabkan isu ini orang ramai akan menggelarnya sebagai gila.

IKLAN

“Nanti Orang Ingat Saya Gila,”- Didakwa Hidap Masalah Mental, Ini Penjelasan Sebenar Hanez Suraya

“Bila mengundang netizen tak berhenti mencaci dan judge saya yang bukan-bukan. Statement anda tidak membantu,” katanya lagi

Oleh disebabkan itu, Hanez telah menerima kecaman daripada netizen gara-gara kenyataan yang mengelirukan tersebut.

IKLAN

“Nanti Orang Ingat Saya Gila,”- Didakwa Hidap Masalah Mental, Ini Penjelasan Sebenar Hanez Suraya

“Sebab tu susah nak buat orang faham apa itu anxiety dan mental illness. Orang takkan faham. Sekarang statement dah buat saya datang pulak anxiety saya balik,” jelasnya lagi.

Diharap kenyataan yang dibuat Hanez ini dapat memperbetulkan kekeliruan terhadap situasi yang berlaku.

Foto: Instagram Hanez Suraya

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI