Pelakon, Faezah Elai mengakui ‘first impression’ atau pandangan pertama merupakan antara aspek yang penting apabila kita ingin mengenali seseorang

Bagaimanapun, menurut Faezah, bersangka baik atau bersikap husnuzon sebenarnya jauh lebih baik dan sememangnya dituntut.

Jelasnya lagi, sebagai manusia bukan tugas kita untuk menentukan sama ada syurga atau neraka menjadi destinasi abadi individu lain di akhirat kelak.

“Kadang-kadang kita ni suka sangat judge orang hanya dengan apa yang dia pakai. I must agree that first impression is very important tapi husnuzon tu jauh lebih baguih.

“Jangan pandang rendah pada pendosa sebab syurga dipenuhi pendosa-pendosa yang bertaubat manakala neraka penuh dengan orang-orang alim yang munafik,” tulisnya.

IKLAN

“Nanti Mati, Yang Ditanya Tentang Solat & Amal Jariah Kita, Dia Tak Tanya Jiran Selang Tiga Rumah…,” – Lebih Baik Jaga ‘Syurga’ Sendiri, Kata Faezah Elai

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh Faezah menerusi sebuah entri yang dimuat naik di laman Instagram miliknya.

IKLAN

Dalam pada itu, Faezah turut mengingatkan orang ramai agar sentiasa memperbaiki amal ibadah diri dan insan tersayang berbanding mengambil tahu mengenai orang lain.

“So elok lah kita jaga syurga kita means anak-anak kita, kakak, adik, orang-orang dekat ngan kita.

IKLAN

“Tak payah sibuk syurga neraka orang lain sebab nanti mati, yang ditanya tentang solat kita, amal jariah kita.

“Dia tak tanya jiran selang tiga rumah hang sembahyang Jumaat masjid mana? Dia tak tanya artis tu pakai kereta sugar daddy bagi ka?

“Kan elok jaga kain-kain sendiri daripada kalut dok jaga dalam kain orang bukan dapat duit pon dapat dosa ja. cehhh,” kongsinya lagi.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut bersetuju selain menghargai atas perkongsian bermanfaat dan boleh dijadikan sebagai sempadan dalam kehidupan.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI