
Penyanyi dan hos, Alif Satar berharap agar peminat tidak terlalu taksub terhadap seseorang artis yang mereka minati.
Malah katanya lagi, perkara tersebut tidak akan ditanya di akhirat nanti.
“Tak perlu terlalu taasub dengan artis. Nanti di akhirat, takkan ditanya pun nama setiap anggota kumpulan yang anda taasubkan itu,” katanya seperti yang dipetik Harian Metro.
Terdahulu, hos program Big Stage itu diminta mengulas mengenai kecaman yang diterima dari peminat kumpulan dari Korea Selatan, Bangtan Boys atau BTS yang menghentamnya baru-baru ini kerana kononnya, dia tersalah memberi fakta mengenai jumlah anggota kumpulan berkenaan.
Bapa kepada tiga cahaya mata itu bagaimanapun memahami bagaimana rasa minat mendalam terhadap seseorang artis.
Akan tetapi usah ia sampai berlaku pergaduhan.
“Instagram tak sepatutnya menjadi tempat yang terlalu serius. Saya faham bagaimana rasanya meminati seseorang artis kerana saya sendiri pun peminat fanatik Datuk Seri Siti Nurhaliza.
“Tapi, dalam pada kita meminati seseorang artis atau kumpulan seperti BTS ini, janganlah sampai berlaku pergaduhan. Jangan jadi terlalu sensitif dan taasub,” jelas Alif seperti yang dipetik.
Selain ditanya sama ada dia gentar apabila berhadapan dengan situasi sedemikian, bintang ini juga menyifatkan apa yang berlaku sebagai suatu yang lucu.
“Bagi saya secara peribadi, apa yang berlaku itu sangat kelakar. Ada yang menghentam dan ada juga ‘army’ menyokong saya kerana mereka tahu, saya tak sebut benda salah pun,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Alif baru saja mengumumkan mengenai Konsert Amal Countless Blessing Alif Satar & Raihan yang akan berlangsung pada 2 November depan di Stadium Juara, Kompleks Sukan Bukit Kiara, Kuala Lumpur.
Sumber/Foto: Harian Metro, Instagram Alif Satar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!

Pelakon Mawar Rashid ada berkongsi beberapa babak di lokasi penggambaran drama terbarunya, Penaklukan Syaitan yang bakal bersiaran tak lama lagi.
Berkongsi babak saat dirinya dirasuk lengkap dengan jerita menakutkan, bekas Finalis Dewi Remaja 2014/15 ini mengakui suaranya hampir hilang bagi menjayakan watak Miza sebaiknya.
A post shared by MAWAR RASHID (@mawarashid) on
“Belakang tabir ‘Penaklukan Syaitan. Berpeluh-peluh, kepala rasa nak pecah, suara tak ada untuk menjayakan watak Miza dalam telemovie ini.
“Tolonglah tengok pada 19 ini jam 9.00 malam di Astro Citra dan Citra HD,” tulisnya sambil memberikan kredit.
Penaklukan Syaitan diarahkan oleh Michael Ang dan turut dibarisi pelakon hebat lain seperti Ben Amir, Shahrifah Shahora, Nadya Syaheera dan ramai lagi.
Foto: Instagram Mawar Rashid
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

Rita Rudaini mengakui dirinya ada perasan kewujudan akaun palsu yang dicipta sesetengah pihak tidak bertanggungjawab yang secara tiba-tiba akan muncul meninggalkan komen negatif apabila dia berkongsi foto anak-anak di laman Instagram.
Tambah Rita, ada ketikanya dia akan turut mengambil pendirian untuk membalas sesetengah komen yang ditulis dari akaun palsu terbabit pada entri foto melibatkan dua anak lelakinya, Airit Rayyan Rizqin, 10, dan Airit Qaqa Arjuna, 8.
“Saya ada juga berikan reaksi terutamanya yang beri komen menggunakan akaun palsu. Kebanyakannya yang tidak bergambar. Saya akan balas.
“Saja kadang-kadang kalau ada masa saya ‘melayan’,” katanya.
A post shared by RITARUDAINI® (@ritrud727) on
“Saya perasan, kadang-kadang kalau kongsikan foto anak-anak menerusi Instagram, akan ada akaun palsu yang akan tinggalkan komen.
“Pelbagai komen yang muncul, malah ada yang macam tak puas hati. Nak buat macam mana? Sebabnya, bila saya kongsi foto anak, ramai yang akan berkait, contohnya ada yang beri komen ‘mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi, macam bapa mereka pandai main bola dan macam-macam lagi, akan masuk balik kenangan dulu.
“Saya okay sajalah. Tapi ada pula akaun palsu komen yang tak baik, jadi dari situlah saya mula balas komen,” jelasnya kepada MH.
Ditanya sejauh mana dirinya sebagai seorang selebriti perlu menjawab respon tidak berasas dari sesetengah akaun palsu di media sosial, bintang Mami Jarum ini menyifatkan selebriti juga sama seperti penggguna media sosial lainnya.
“Selalunya saya ikutkan mood. Bagaimanapun, selebriti pun manusia biasa. Jika ia dikira melampau dan rasa perlu komen, komenlah.
A post shared by RITARUDAINI® (@ritrud727) on
“Cuma cara komen tu biarlah berasas atau pun nasihat. Kadang kita pun nak hiburkan ‘hatinya’ yang sunyi, ‘dia’ pun perlukan respon dari kita,” seloroh Rita.
Rita terdahulu ditemui media sejurus selesai saingan program All Stars Buka Panggung (ASBP) minggu keempat, Ahad lalu.
Bintang berusia 41 tahun itu mengungguli minggu keempat program berkenaan, sekali gus menjadi juara mingguan wanita pertama dengan menafikan kemaraan Datuk Fizz Fairuz, Johan Asari dan Ruhainies ke peringkat separuh akhir.
Atas kemenangan yang diraih, Rita memenangi RM4,000 berserta trofi dan wang tersebut telah disumbangkan kepada pelakon veteran tanah air yang pernah bekerjasama dengan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, Ramli Mohamad atau lebih dikenali sebagai Pak Limra.
Merupakan ahli Persatuan karyawan Malaysia, Pak Limra kini difahamkan berada di Pusat Jagaan Mahmudah Warga-Warga Tua di Semenyih, Selangor.
A post shared by RITARUDAINI® (@ritrud727) on
Rita bakal berentap bersama pemenang episod-episod lain pada pusingan separuh akhir pada minggu keenam nanti.
Pusingan akhir pula akan berlangsung pada minggu ketujuh.
ASBP merupakan rancangan yang menguji dan mencabar pelakon untuk beraksi dalam babak komedi pentas secara spontan tanpa bantuan skrip.
Menampilkan pelawak daripada kumpulan Shiro iaitu Ajak dan Shahrol sebagai pengacara sementara Primadona filem Melayu alaf baru, Erra Fazira pula menggalas tugas sebagai Seri Dewi Panggung.
ASBP disiarkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124) serta boleh ditonton menerusi aplikasi Astro GO dan secara strim di On Demand bersiaran setiap Jumaat, pukul 9.00 malam secara langsung dari Royal Theatre, Shah Alam.
Foto: Instagram Rita Rudaini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

Momen paling berharga dalam diri seorang yang bergelar ibu adalah ketika melahirkan permata hati.
Tambahan pula, momen tersebut adalah saat melahirkan cahaya mata sulung.
Ia merupakan pengalaman pertama dalam hidup apabila dianugerahkan zuriat hasil daripada perkahwinan bersama suami tercinta.
Jadi, MH senaraikan 10 selebriti wanita yang selamat menimang cahaya mata setakat Oktober ini.
1. Elfira Loy
Sepakat memilih nama anak sulung Muhammad Rayyan Khalaf, pasangan Elfira Loy dan Khairol Faris Anuar teruja akan kehadiran ahli keluarga baru.
Rayyan yang lahir pada 1 Oktober lalu seberat 3.68 kg di Andorra Women & Children Hospital, Seri Kembangan kini mempunyai lebih 100,000 pengikut di Instagram miliknya.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 1 Januari lalu.
A post shared by 25 | 🇲🇾 | (@elfiraloy) on
2. Kaka Azraff
Popular dengan lagu Diamond, penyanyi Kaka Azraff dan suami, Adam Azriff dikurniakan seorang anak lelaki bernama Aslan.
Aslan dilahirkan pada 11 Oktober lalu.
Kaka dan Adam bernikah pada 14 Disember tahun lalu dan mengadakan majlis respsi pada 24 Disember dengan tema melayu-klasik.
Diamonds dalam hidupku Terima kasih Allah, Syukur Alhamdulillah.
A post shared by K A K A A Z R A F F (@kakaazraff) on
3. Ika Nabella
Baru sahaja menimang cahaya mata sulung malam tadi (23 Oktober), pelakon Ika Nabella berkongsi berita gembira itu di Instagram miliknya.
Telah mendirikan rumah tangga pada 30 Julai 2016, suami Ika iaitu Zaid menyerahkan mas kahwin RM1,008 sementara jumlah wang hantaran dirahsiakan.
A post shared by I K A N A B E L L A (@ikanabella) on
4. Che Puan Juliana Evans
Popular dengan filem Kami The Movie, pelakon Che Puan Juliana Evans selamat melahirkan anak perempuan, Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah pada 13 Julai lalu.
Juliana berkahwin dengan Tengku Shariffuddin Shah pada April 2017.
This is what dreams are made of 💕
A post shared by Juliana Sophie Evans (@julianaevans) on
5. Anzalna
Tiga tahun mendirikan rumah tangga iaitu pada 21 Februari 2016, Anzalna dan suami, Hanif Zaki akhrinya dikurniakan seorang bayi lelaki comel bernama Mohamad Eidrees.
Eidress dilahirkan pada 31 Mei di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur.
A post shared by Anzalna Nasir (@anzalnanasir88) on
6. Mawar Rashid
Pelakon Mawar Rashid memilih Raden Ahmad Faizal Yaakob sebagai pasangan hidupnya.
Bergelar isteri pada Disember 2017, Mawar selamat melahirkan cahaya mata sulung pada 14 Mac lalu.
Sepakat memberi nama Raden Muhammad Rafael, bayi comel itu sentiasa mengukir senyuman tatkala wajahnya di rakam lensa kamera.
A post shared by MAWAR RASHID (@mawarashid) on
7. Shila Amzah
Penyanyi Shila Amzah teruja apabila kehadiran anak sulungnya, Seth Uwais merupakan malam Hari Merdeka.
Seth Uwais dilahirkan pada malam merdeka, tanggal 31 Ogos 2019 dan bersempena Awal Muharram mengikut kelendar Islam seberat 2.88kg.
Shila dan suami, Haris Idraki Elias pada 19 April tahun lalu.
A post shared by 씰라茜拉shila amzah🇲🇾 (@shahilaamzah) on
8. Mell (Sakura Band)
Vokalis kumpulan Sakura Band, Melley Matius atau mesra disapa Mell berkahwin dengan ahli kumpulan 6ixth Sense iaitu Mohammad Safwan (Wan) pada Sepetember 2017.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan anak sulung, Marissa Sofea seberat 3.00 kg.
A post shared by Vokalis Sakuraband Official (@mellsakura) on
9. Cristina Suzanne
Pelakon, Cristina Suzanne Stockstill mendirikan rumah tangga bersama M Faiz Zakaria pada 30 Mac tahun lalu.
Mereka dikurniakan anak lelaki bernama Noah pada 31 Ogos lalu.
Ketupat rendang 🎶🎵🎶 #TeamRayaKuantan
A post shared by Cristina Suzanne (@cristinastockstill) on
10. Tasha Manshahar
Bekas penyanyi Tasha Manshahar sering berkongsi pengalaman dan tips ketika bersalin menerusi Instagramnya.
Telah mendirikan rumah tangga bersama penyanyi dan komposer, Raqib Majid pada 8 September tahun lalu di sebuah majlis nikah ringkas di Masjid Jamek Kajang.
Mereka dikurniakan anak sulung, Muammar Rafiqi pada 21 Jun lalu.
A post shared by @ tashamanshahar on
Foto : Instagram Selebriti
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

