Ada saja yang tak kena setiap kali pelakon cantik, Fathia Latiff memuat naik perkongsiannya di Twitter pasti ada segelintir netizen yang mengecam dirinya.

Terbaru, MH ternampak satu perkongsian Fathia sedang menyanyikan sebuah lagu bertajuk Sakit. Tak dapat dinafikan Fathia mempunyai suara yang sungguh sedap apabila menyanyikan lagu tersebut.

Namun begitu setiap gerak geri Fathia sentiasa mendapat perhatian netizen dan kali ini cara pemakaian Fathia dalam video tersebut menjadi bahan buat netizen mengecamnya.

Dalam video itu, Fathia telah mengenakan ‘sweater’ dan hanya menutup kepalanya menggunakan ‘hoody’.

IKLAN

Walau bagaimanapun, cara dia menutup kepalanya itu mendapat kecaman daripada netizen kerana lehernya masih terdedah.

‘Nampak Tengkuk Tu Kak’ – Fathia Latiff Dikecam Netizen Lagi

‘Nampak Tengkuk Tu Kak’ – Fathia Latiff Dikecam Netizen Lagi

IKLAN

‘Nampak Tengkuk Tu Kak’ – Fathia Latiff Dikecam Netizen Lagi

‘Nampak Tengkuk Tu Kak’ – Fathia Latiff Dikecam Netizen Lagi

IKLAN

MH faham niat netizen mungkin hanya ingin menegur Fathia tetapi mungkin juga Fathia terlepas pandang soal itu dan seperti yang pernah dikatakan olehnya sebelum ini dia sedang dalam proses pembelajaran tentang Islam.

Jadi kita seharusnya memberikan dia semangat dan bukan hanya mengecam sahaja.

Sabar je lah ya Fathia, sudah menjadi lumrah sebagai seorang selebriti setiap gerak geri sentiasa diperhatikan dan jika ada sedikit sahaja kesalahan yang dilakukan pasti ianya akan menjadi bahan untuk melemparkan kecaman.

Sumber: Twitter Fathia Latiff

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI