Menjadikan platform media sosial sebagai satu medium perantaranya bersama pengikut, juara Dewi Remaja 2019, Shaza Bae bagaimanapun tetap mengawal ketat akaun Instagramnya.

Baginya, media sosial kini memberikan impak yang sangat hebat dalam diri setiap individu.

Saya sangat menjaga akaun media sosial saya kerana ia merupakan perkara yang sangat penting dengan adanya teknologi sedemikian.

Jika ada benda yang mungkin terlalu peribadi, saya tidak akan berkongsi di media sosial atau bersama kumpulan ‘closed friend’ sahaja,” katanya kepada MH.

Menjadikan kedua ibu bapanya sebagai idola, gadis berusia 24 tahun ini akui bahawa media sosial mempunyai banyak kesan negatif.

Sosial media merupakan satu impak yang sangat besar pada masa kini walaupun dari sudut yang nampak ringan seperti ‘nak makan apa?’ atau muat naik gambar bersama kekasih.

Nampak remeh, tetapi mungkin ada orang yang ‘memerhatikan’ setiap apa jua yang kita kongsikan di media sosial.

IKLAN

“Jadi,kena bijak dan berhati-hati sebelum berkongsi di media sosial,”kongsi anak kelahiran Kuala Lumpur ini.

View this post on Instagram

DEWI REMAJA 2019/2020 . You know guys, I woke up this morning still feel like the same me. Who would’ve thought me, antara yang tak girly sangat, a bit rock n roll, masa jumpa THE @neelofa pun makan macam tak ingat dunia 😂 would be Dewi Remaja 👑 . I still remember when i was first chosen as top 20. I almost say no to this opportunity sebab if i sign up for this i have will have to leave my job (yang shaza baru kerja sebulan lepas grad) and commitment and for someone yang sara hidup sendiri, it wasn’t for me to make the decision. Tapi aturan Tuhan tu memang Indah *sebak 🥺 Shaza sangat humbled dan bersyukur. I don’t know where this will take me. One thing for sure, I will humbly take this responsibility with GRACE, KINDNESS, and a bit of ROCK N’ ROLL 😂😂😂🤘🏻 . For all the girls, YOU CAN BE YOU and you can be Dewi Remaja. 🙏🏼🙂 . 📸 : @deegunrahman #dewiremaja2019 #dewiremaja #majalahremaja #remaja

A post shared by SHAZA 🦋 (@shazabae_) on

Terdahulu, Shaza dinobatkan sebagai juara Dewi Remaja 2019 dan membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000 berserta trofi.

Tempat kedua dimenangi Adriana Ghafar, 21, dari Johor, berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM7,000 dan trofi.

IKLAN

Nynaa Harizal berada di tempat ketiga dan membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000 serta trofi.

“Jika Ada Yang Mungkin Terlalu Peribadi, Saya Tak Kan Berkongsi,” – Dewi Remaja 2019, Shaza Bae Hati-Hati, Kawal Media Sosial

Sementara itu, dua lagi peserta akhir iaitu Syamira Izzati dan Shatirah Amanda di tempat keempat dan kelima.

IKLAN

Masing-masing berjaya membawa pulang wang tunai RM1,000 dan trofi.

Selain lima peserta akhir, dua lagi peserta Top 12 iaitu Nina Amin dan Sharlina Gilbert masing-masing diumumkan sebagai pemenang anugerah Dewi Inspirasi dan Dewi Favourite.

Juri tetap program ini ialah Scha Al-Yahya dan Yusry Abdul Halim di samping dua juri jemputan iaitu Datuk Aznil Nawawi dan Dr Soo Wincci.

View this post on Instagram

DEWI REMAJA 2019/2020 👑 . BISMILLAH ✨ . Syukur ke hadrat illahi. It’s still so surreal for me to win this. Masih dalam keadaan tak percaya. Terlampau ramai orang yang shaza nak ucap terima kasih. To my parents yang tidak berhenti mendoakan saya. To my friends yang sentiasa memberi kata semangat. To all DEWI REMAJA team yang bertungkus lumus menjayakan program ini, terima kasih sebab menjaga shaza selama 2 bulan. *nangis* 🥺 Kepada juri-juri yang sentiasa memberikan kritikan membina. I am a learner and i will always eager to learn. To all the 11 girls! Its an honour to compete with all you beautiful people. I’m sure you’ll fly high. To my supporters yang dm dan comment shaza, terima kasih yang sedalam dalamnya dari lubuk hati shaza. To all the dreamers and fighters, i share this with you 💖 . #dewiremaja2019 #dewiremaja #majalahremaja #remaja

A post shared by SHAZA 🦋 (@shazabae_) on

Manakala program ini dihoskan oleh Amelia Henderson dan Kamal Adli.

Foto: Instagram Shaza Bae

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI