Meski sedang sarat hamil dan dijangka bakal bersalin bulan ini, namun pelakon dan usawahan, Wawa Zainal tetap gigih menghantar barangan kosmetik yang diusahakan kepada yang membuat pesanan.

Malah menerusi entri terkini suaminya, Aeril Zafrel, ibu kepada dua cahaya mata itu dirakam sedang mengangkat kotak yang berisi produk terkini yang baru sahaja dilancarkannya, Wawa Cosmetics Baby Girl Edition.

“Siapa NAK kami hantar kan? #wawababygirledition Nak terberanak esok pun masih angkat kotak @wawacosmeticshq ni?? Komen kat bawah.

”Tapi area klang valley je, Mak buyung xlarat nak pergi jauh2,” tulis Aeril.

Terdahulu, pasangan ini telah pun menganjurkan majlis pelancaran produk edisi terhad berkenaan selain turut mendedahkan nama serta jantina anak yang bakal lahir tidak lama lagi.

Foto: Instagram Aeril Zafrel