
Pelakon, Datin Intan Najuwa memberikan reaksinya berhubung tindakan segelintir pihak yang dipercayai mempersoalkan perubahan wajahnya setiap kali dia memuat naik gambar di media sosial.
Menurut Intan, setiap orang berhak untuk melakukan apa sahaja suntingan, selagi tidak mengganggu orang lain.
“Nak edit muka jadi bujur, tiga segi, macam alien ke atau filter 10 inci ke, suka hatilah. Janji kita tak kacau orang.
“Gigih siap ada yang zoom, cari satu-satu salah. Anda ini memang betul-betul tak ada kerja dalam hidup,” tulisnya.
Perkara itu dikongsikan oleh ibu kepada seorang cahaya mata itu menerusi hantaran di aplikasi Thread.
Jelasnya lagi, gambar yang disunting atau dimuat naik itu akan menjadi memori indah yang kekal sepanjang hayat.
“Gambar kita, dia yang tersakiti lebih. Kita semua nak nampak cantik di dalam gambar. Itu adalah momen yang akan kekal sampai bila-bila,” kongsinya.
Netizen Beri Sokongan
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tampil memberikan kata-kata semangat dan menasihati Intan agar tidak melayan komen negatif.
“Mereka nak jadi seperti awak tapi tak boleh. Jadi, mereka cari salah dan sebar kebencian.
“Setidaknya kita kelihatan lebih elok daripada yang menghina.
“Biarkan sahaja mereka Datin. Yang membenci akan terus membenci.
“Yang sibuk cari kesalahan orang itu, hidupnya sendu. Tak mengapa Datin. Nikmati sahaja percutian di London bersama keluarga tersayang.
“Mereka memang tiada kerja. Sibuk nak cari kesilapan orang sahaja. Sanggup buat kerja yang tidak bergaji. Sabar sahajalah.”
Sejak beberapa hari lalu, tular di media sosial beberapa hantaran yang memperlihatkan segelintir pihak yang membanding-bandingkan wajah Intan dan suaminya, Datuk Ahmad Azraf Azman, antara gambar yang dimuat naik dengan realiti sebenar.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini