Bintang legenda, Rita Moreno mencipta momen tersendiri di Anugerah Akademi (Oscar) tahun ini apabila mengenakan kembali gaun yang dipernah dipakainya ketika merangkul trofi berprestij itu pada edisi Oscar 1961.

Hampir 56 tahun berlalu, namun gaun yang digayakan masih terlihat cantik mendakap tubuh aktres berusia 86 tahun ini.

Lebih lima dekad lalu, Rita yang berasal dari Puerto Rico ini meraih Oscar menerusi aksi cemerlangnya di dalam filem West Side Story.

Mengimbas kembali kenangannya saat memenangi kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik menerusi filem tersebut, Rita mengakui tidak pernah jangka untuk memang kerana saingannya pada waktu itu cukup sengit.

IKLAN

Nak Cakap Apa Bila Aktres Ini Pakai Balik Gaun Sama Untuk Hadiri Oscar Tahun Ini Selepas 56 Tahun!

“Memang tak sangka boleh memang sebab saya rasa mungkin Judy Garland yang akan memang menerusi filem Judgement at Nuremberg. Apa pun, saya ke Manila, Filipina untuk siapkan gaun ini,” katanya ketika melewati karpet merah di Oscar baru-baru ini.

Nak Cakap Apa Bila Aktres Ini Pakai Balik Gaun Sama Untuk Hadiri Oscar Tahun Ini Selepas 56 Tahun!

IKLAN

Oscar kali ke-90 yang bersiaran secara langsung di seluruh dunia dari Dolby Theatre Hollywood awal Mac lalu mengakngkat filem fantasi, Shape of Water sebagai Filem Terbaik, menewaskan lapan calon akhir lain.

https://www.youtube.com/watch?v=ITituZw0AFU

IKLAN

 

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI