Ads

Nabila Huda Terkejut, Terharu Watak Maria ‘Muncul’ Di Munafik 2

Pelakon Nabila Huda Shuhaimi berkata dia terkejut apabila melihat watak Maria lakonannya di dalam Munafik turut dimuatkan menerusi sekuel filem berkenaan.

Anak kepada penyanyi Amy Search itu menambah, dia sudahpun menonton filem berkenaan pada hari kedua tayangan.

Ads

Bagaimanapun, dia tidak menyangka babak lakonannya ada diguna pakai.

Ads

“Saya sudah pun tonton Munafik 2, tapi terkejut jugalah bila melihat ada babak Maria pun ada dalam filem tersebut.

 

“Yang penting, Syamsul ingat juga pada watak Maria itu dan sedikit-sebanyak saya pastinya terharu,” katanya kepada MH.

Ujar Nabila, dia terkejut kerana dia tidak tahu menahu langsung mengenai watak Maria yang ‘muncul’ dalam Munafik 2.

Ads

“Apapun, saya gembira dengan kejayaan kutipan pecah panggung pada filem terbabit pawagam. Kiranya audiens sudah pun faham untuk menilai filem bagus untuk ditonton.

 

“Apa yang boleh saya cakap, penonton tempatan sudah mula berminat untuk membeli tiket menonton filem Melayu. Misalnya Pulang, diikuti Hantu Kak Limah dan terbaru Munafik 2.

 

“Selepas ini, dapatlah juga penonton terus sokong filem One Two,” terangnya lagi.

Sumber: Carian Google

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Arjun Rampal Kini Tunang Model Afrika Selatan, Sudah Bercinta Enam Tahun

Pelakon dan model terkenal Bollywood, Arjun Rampal, akhirnya mengesahkan beliau kini bertunang dengan pasangannya, Gabriella Demetriades, selepas lebih enam tahun menjalinkan hubungan cinta. Perkara itu...
error: Hello. Cannot.